DANA UNIT AMANAH PNB CECAH 210.63 BILION SETAKAT OKTOBER

SIMUNJAN: Dana unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencecah 210.63 bilion unit setakat 31 Oktober lalu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dana amanah tersebut dimiliki oleh 12.86 juta pemegang unit.

“Daripada jumlah itu, 89.5 peratus adalah Bumiputera dan 10.5 peratus bukan Bumiputera. Dalam masa sebulan sahaja kita telah berjaya menjana lebih satu bilion unit dalam edaran,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Fiesta Labur PNB di Dewan Mesra Simjunjan, Sabtu.

Majlis dirasmikankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.

Abdul Wahid berkata, daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran itu, 11 peratus milik pelabur Sarawak.

“Ini menjadikan Sarawak berada di kedudukan yang ketiga. Ini adalah suatu pencapaian yang dapat dibanggakan, saya yakin jumlah penyertaan masyarakat Sarawak dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang, ” katanya.

Fiesta Labur PNB berkonsepkan turun padang bagi mendekati masyarakat terbanyak, khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sementara itu Nancy berkata, sejak 2008 hingga kini PNB telah menganjurkan 650 seminar di negeri ini.

Katanya, seminar tersebut telah menarik penyertaan 60,000 pelabur daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya merasa bangga kerana Sarawak menduduki antara tempat teratas dalam profil pelaburan ASNB.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada rakyat Sarawak atas kesungguhan dan keprihatinan merancang kewangan untuk masa depan. Pelaburan di PNB adalah secara sukarela, tiada paksaan, sama ada di pihak PNB mahupun kerajaan,” katanya.

Menurutnya, atas dasar kepercayaan dan keyakinan, rakyat Sarawak terus memberi amanah kepada PNB untuk mengurus pelaburan mereka.

“Inilah rakyat Sarawak yang berpandangan jauh dan tidak ketinggalan dalam memajukan diri untuk masa hadapan,” katanya.–Bernama

20161122-permodalan-nasional-berhad-pnb

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â