PURATA ISI RUMAH DI MALAYSIA TIDAK GUNA SAMPAI 5KG MINYAK MASAK SEBULAN

Isu minyak masak terus hangat diperkatakan dengan gambar-gambar minyak masak di rak pasaraya beserta harga baru telah disebarkan menerusi media sosial bertujuan membangkitkan kemarahan ramai.

Keadaan ini telah mengundang kecaman kononnya kerajaan sangat teruk dan tidak mempedulikan kebajikan masyarakat apabila melaksanakan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, yang menyaksikan harga minyak masak bersubsidi bagi peket satu kilogram (kg) kekal pada harga RM2.50.

Hakikatnya secara purata seisi keluarga menggunakan tidak sampai 5 kilogram minyak pun sebulan namun kekecohan akibat penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak itu seolah-olah minyak masak ini sama seperti air mineral atau minyak petrol, yang perlu diisi setiap hari.

Jadi pilihan kini ditangan kita, apakah langkah yang perlu diambil jika kita merasakan kenaikan itu menganggu seluruh kehidupan.

Jika ingin lebih menjimatkan, beli sahaja minyak peket satu kilogram itu. Harga lima minyak peket itu hanyalah RM12.50 (RM2.50 x 5), lebih murah daripada minyak dalam botol jenama Saji, yang dijual pada harga RM13.35 bagi kuantiti yang sama sebelum penstrukturan itu dilaksanakan.

Malah jika minyak berkenaan dijual pada harga baru iaitu kira-kira RM21.50, pengguna hanya membayar tambah RM8.15 sahaja sebulan.

Harga minyak masak ini walaupun ditentukan oleh harga pasaran, ia masih dalam kawalan dan kerajaan juga berjanji jika harga di pasaran tidak munasabah maka ia akan memulangkan balik subsidi untuk minyak masak.

Walaupun ramai yang mengeluh kononnya harga minyak masak kini menjadi mahal, namun ia jauh lebih murah dari negara jiran. Sekurang-kurangnya dengan melaksanakan penstukturan semula harga minyak masak ini, kita dapat membendung kegiatan penyeludupan.

Bayangkan harga minyak masak peket satu kilogram yang diseludup di luar negara dijual pada harga RM4.00. Tentu kita boleh mengira berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh penyeludup ini.

Akibat kegiatan penyelewengan ini, kerajaan terpaksa membayar penggunaan bagi 85,000 tan metrik minyak masak berbanding sepatutnya hanya 40,000 tan metrik dalam tempoh sebulan.

Justeru jadilah pengguna yang bijak, bukan hanya pandai menulis perkara buruk dalam media sosial sahaja.

Apa yang menjadi masalah ialah netizen yang suka mengeluh ini, kebanyakan mereka bukannya menggunakan minyak masak berkenaan pun.

Banyak yang menggunakan minyak masak lain seperti minyak bunga matahari atau zaitun atau kelapa yang jauh lebih mahal daripada minyak kelapa sawit ini.

Mereka juga bukannya membeli pun minyak peket satu kilogram ini tetapi cara mereka kecoh, mengalahkan golongan sasar yang menggunakan minyak berkenaan.

Padahal ketika iPhone 7 mula dijual di pasaran, sanggup pula beratur panjang sampai sanggup menunggu di depan kedai walaupun jam baru pukul 5 pagi yang sekali gus menunjukkan banyak duit, tetapi bila subsidi minyak distrukturkan semula, bising sampai tak ingat dunia, seolah-olah mereka telan minyak masak macam minum air.

20161021-minyak-masak-paket

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â