Suburkan semula budaya bawa bekal

Adakah budaya membawa bekal makanan ke sekolah atau ke tempat kerja masih subur diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini?

Buat penulis, budaya membawa bekal ataupun ‘tapau’ sudah dipupuk sejak kecil dan hingga hari ini terus diamalkan.

Penulis masih ingat betapa gigihnya ibu bangun tidur seawal jam 4 pagi semata-mata untuk memasak juadah bekal makanan untuk kami sekeluarga.

Selesai masak, beliau akan bersiap untuk ke tempat kerja. Jam 6 pagi, rakan-rakan kongsi kereta ibu akan tiba untuk bertolak ke pejabat di kompleks kerajaan Pusat Bandar Damansara.

Ibu dan ayah akan membawa bekal ke tempat kerja, kami empat beradik akan bawa bekal ke sekolah.

Ada harinya kami empat beradik dapat makanan sedap seperti nasi lemak, mihun goreng, nasi goreng, kuetiau goreng.

Pada hari yang dapat bawa bekal egg banjo’, memang terasa nak lompat tinggi-tinggi sebab gembira ‘macam dunia aku yang punya!’.

Ada harinya juga yang mana ibu tidak sempat masak atau hari tiada idea, roti disapu planta kemudian ditabur gula pun jadi. Versi lain untuk hidangan roti, kadang-kadang dapat juga inti sardin atau telur hancur letak sos.

Kesungguhan ibu menyediakan bekal juga membolehkan ibu menabung dan dapat membeli pembakar sandwic toaster jenama Black & Decker. Merasalah kami makan sandwic ala-ala orang putih.

Jimat duit belanja

Walaupun masih di bangku sekolah rendah pada ketika itu, penulis dapat belajar beza nilai makanan yang dibeli dengan makanan yang dibekalkan.

Adanya bekal harian, penulis tidak diberikan duit belanja kecuali pada hari Jumaat sebanyak 50 sen. Semakin menginjak dewasa barulah duit belanja harian diberi 50 sen sehari dan pada hari Jumaat, dapatlah merasa syiling emas diselit dalam kocek.

Dibandingkan makanan yang dibeli di kantin berbanding yang dibekalkan ibu memang jelas ketara beza saiznya.

Sebungkus nasi lemak sebesar penumbuk pada tahun 90-an di kantin sudah 50 sen, tidak termasuk air sedangkan bungkusan yang ibu bekalkan, lebarnya sahaja sudah sebesar lengan, panjangnya penuh setapak tangan.

Daripada inilah penulis dapat belajar perbezaan nilai ringgit antara membawa bekal berbanding makan di luar. Tambahan pula dengan kenaikan harga barang mentah kebelakangan ini turut menyebabkan kenaikan harga makanan di kedai-kedai makan.

Selain nilai wang, aspek kebersihan juga menjadi sebab penulis memilih untuk membawa bekal sendiri dan tidak lupa juga menu dan rasa yang turut memainkan peranan.

Isu besar

Konflik kehilangan bekas makanan memang satu isu yang tidak akan tamat. Antara cabaran yang dihadapi ibu penulis adalah bekas teringgal di sekolah, penutup hilang, bekas dan terlupa bawa keluar dari beg sampai bercendawan.

Paling kronik adalah bila bekas makan dijadikan tempat bancuh ‘water colour’ untuk kelas pendidikan seni!

Menyelesaikan masalah ini, ibu penulis memilih untuk guna kertas coklat macam penjual nasi lemak. Lepas makan terus buang.

Sesuai dengan peredaran masa, penggunaan pembungkus pakai buang seharusnya dikurangkan demi menjaga kelestarian alam sekitar. Ini akan terus mencabar ibu bapa untuk menjadi kreatif menangani masalah yang dinyatakan awal tadi.

Peranan suami

Pembahagian tugas dalam institusi rumahtangga hari ini secara umum masih meletakkan tanggungjawab memasak meskipun suami dan isteri bekerja.

Tanpa sedar, wanita bekerjaya terpaksa menanggung lebih beban tugasan. Di pejabat mereka perlu bekerja sebaiknya dan di rumah mereka diharapkan mempunyai tenaga ‘super’ mengurus rumahtangga.

Di sinilah para suami boleh memainkan peranan. Suami boleh membantu dari aspek persiapan bahan memasak seperti menyiang ikan, memotong sayur dan mencuci pinggan.

Penulis sendiri selalu bertanya kepada orang tua-tua berkenaan rahsia membina keluarga bahagia dan bab ini selalu ditekankan dalam jawapan mereka.

“Bukannya jatuh maruah suami kalau menyidai pakaian dan memakai apron di dapur. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah bila si suami dah mula bantu isteri, anak juga akan buat benda sama,” pesan ayah penulis sambil menyiang ikan.

Percayalah, hanya selepas para suami mula menolong di dapur barulah akan dapat memahami betapa payahnya menjadi seorang isteri yang perlu memakai banyak ‘topi’ setiap hari dan sepanjang hidupnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN