Rasuah Bekalan Air Sabah: Wang Tunai RM4.2 Juta Dirampas, Akaun Bank RM3.6 Juta Dibeku Dalam Operasi Ke Dua

Wang tunai mencecah RM4.2 juta dirampas, manakala beberapa akaun bank bernilai RM3.6 juta lagi dibeku dalam operasi terkini kes penyalahgunaan dana awam melibatkan projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Operasi fasa kedua ini membawa kepada penahanan 19 jurutera bahagian dan daerah berusia antara 29 dan 59 tahun itu pada Rabu, susulan Ops Water pertama pada 4 Oktober lalu.

Operasi berkenaan dilancarkan berikutan penemuan maklumat tambahan dan bukti yang diperolehi hasil keterangan mereka yang diambil sebelum ini serta analisa dokumen-dokumen yang dirampas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, siasatan awal mendapati ketua bahagian dan daerah jabatan itu telah membuat kutipan antara 27 peratus hingga 30 peratus jumlah nilai projek JANS.

“Kutipan itu diperoleh daripada kontraktor yang ditawarkan kerja sebut harga dan kerja kecemasan jabatan itu di seluruh Sabah.

“Pelbagai dokumen perolehan dan tuntutan juga dirampas dalam operasi tersebut dan sehingga kini pegawai SPRM masih meneliti semua dokumen berkenaan bagi tujuan pengumpulan bukti,” katanya menerusi kenyataan, Khamis.

Kenyataan itu juga menyebut, SPRM memohon reman terhadap kesemua suspek di empat mahkamah berlainan di Sabah.

“Daripada 19 yang ditahan, seramai 18 dibenarkan reman, manakala seorang lagi dibebaskan.

“Seramai 14 suspek dibenarkan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, tiga individu selama empat hari di Mahkamah Majistret Tawau dan seorang selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Sandakan,” kata SPRM.

Setakat ini, 24 ditahan termasuk 19 yang ditahan dalam operasi fasa kedua pada Rabu selain rampasan wang tunai RM4.2 juta dan beberapa akaun bank yang dibeku mencecah RM3.6 juta.

Lima suspek yang ditahan pada fasa pertama termasuk pengarah dan timbalan pengarah JANS, abang timbalan pengarah bergelar Datuk dan seorang akauntan serta penasihat Kementerian Kewangan Sabah yang juga bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan.

Sebelum ini, sejumlah wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta telah dirampas.

Suspek utama iaitu dua pegawai kanan awam itu disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Setakat ini, semua lima suspek yang ditahan reman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â