Bergurau ada hadnya…

BERGURAU tidak salah, malah Islam pun mengharuskannya selagi masih dalam batasan. Apa yang penting, jangan melampau hingga sengaja mereka-reka sesuatu yang langsung tidak diucapkan oleh individu terbabit.

Mungkin kerana kononnya atas alasan untuk bergurau, lazimnya pada setiap Khamis, ramai lelaki sibuk berkongsi mesej, gambar dan dialog ‘malam Jumaat’ sesama mereka dalam kumpulan interaktif media sosial terutama WhatsApp.

Pendek kata dalam masa seminggu, hari itu boleh dianggap sebagai yang paling sibuk bagi mereka. Jika gambar dan dialog itu hak milik sendiri (Sdn. Bhd.), terpulanglah untuk disebarkan, tiada siapa yang marah.

Tetapi ia menjadi masalah apabila penyebar sama ada yang pertama atau kesejuta langsung tidak mengenali mereka. Yang pasti kesemua ‘mangsa-mangsa’ itu mempunyai kehidupan dan saudara mara. Malah tidak salah dikatakan bahawa mereka juga adalah anak perempuan, adik, kakak, ibu, sepupu, ibu saudara , jiran, menantu atau rakan sepejabat kepada si polan tertentu.

Pernahkah si penyebar yang kononnya sekadar untuk bergurau itu terfikir mengenai perkara ini? Rasanya mereka langsung tidak peduli perasaan mangsa terbabit. Kalaulah pemilik batang tubuh rela, Alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya, apa cerita?

Mungkin penyebar itu boleh muat naik status dalam akaun Facebook, “bila tiba malam Jumaat, minta jasa baik kesemua yang mengenali untuk mengambil gambar anak perempuan, isteri atau ibu dan tolonglah edit gambar serta ciptakan lawak lucah untuk gurauan, saya tidak kisah, apa salahnya kerana lawak jenaka adalah ubat terbaik untuk hilangkan tekanan perasaan!,”

Soalan mudah, jika subjek yang disebarkan itu adalah saudara mara sendiri, sanggupkah? Paling terbaharu, adik kepada seorang lelaki yang menjadi mangsa bunuh di kawasan letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, Ahad lalu turut tidak terkecuali menjadi ‘bahan’. Maha Suci Allah, langsung para netizen tidak memikirkan perasaan keluarga mangsa.

Jika perangai buruk seperti ini dibiarkan berterusan, pasti dunia ini berada dalam keadaan huru-hara. Manusia waras pasti tidak akan sesekali memperdagangkan ma­ruah, jika anda sebegitu, pasti orang lain pun berpendirian sama. Senang cerita usahlah terlalu galak berkongsi aib orang lain atas dasar gurauan.

Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lalu telah memperkatakan mengenai perkara ini yang amat berkait rapat dengan kesempurnaan iman, “Tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu suka sesuatu kepada saudara kamu sama seperti apa yang kamu suka untuk diri kamu sendiri.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pada asasnya penciptaan setiap teknologi di dunia ini adalah baik demi kemaslahatan manusia sejagat. Namun malangnya, ia disalahgunakan hingga memudaratkan manusia dan antara faktor utama berlaku adalah kerana elemen terpenting iaitu kebijak­sanaan atau hikmah (wisdom) diabaikan.

Dosa media sosial ini sebenarnya agenda ‘terpuji’ iblis yang sudah lama bersumpah untuk merosakkan manusia. Bukan penulis memandai-mandai tetapi teguran ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW beribu-ribu tahun lalu.

“Sesungguhnya singgahsana (pusat pemerintahan) iblis berada di atas laut, maka dia mengutus pasukan tenteranya yang memfitnah (merosakkan) manusia, syaitan yang paling dekat kedudukan dengannya adalah yang paling banyak kejahatannya,” – Sahih Muslim.

Junjungan besar umat Islam telah memberi amaran, malah iblis juga telah berjanji, maka sanggupkah kita menjadi ejen dan sekutu iblis? Jika masih berdegil, terpulanglah kerana stesen persinggahan terakhir makhluk dilaknat oleh Allah itu adalah neraka, bukannya syurga.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN