Ingatan untuk Muhyiddin: Jangan ingat rakyat mudah lupa

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati apa yang dikatakannya pada masa lalu dan apa yang dikatakannya sekarang akan dibangkitkan dan percanggahan di antara ‘dahulu dan sekarang’ pastinya sangat ketara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata jika Muhyiddin fikir orang akan lupa tentang apa yang dikatakan dahulu dan percanggahannya dengan apa yang dikatakan sekarang maka, beliau tersilap besar.

Dengan zaman internet atau era media sosial, katanya orang akan ingat tentang apa yang dikatakan Muhyiddin walaupun selepas beberapa dekad berlalu – dan jika tidak ingat, mereka boleh menyelidik dan mengetahuinya.

“Jadi, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan apa yang anda katakan, tetapi anda harus ingat apa yang anda katakan pada masa lalu.

“Calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini dan sekarang, beliau terpaksa memohon maaf atas apa yang dikatakannya pada masa lalu, yang kini menjejaskan kempennya,” kata Salleh menerusi posting terbaharu dalam blog beliau hari ini.

Calon presiden Parti Republikan itu hari ini memohon maaf kerana menyampaikan ucapan seksual yang kasar dan agresif mengenai wanita pada 2005 susulan video menggemparkan disiarkan oleh The Washington Post semalam.

Salleh berkata sudah tentu, rakyat akan memahami apa yang Muhyiddin katakan pada masa lalu adalah atas kapasiti beliau sebagai pemimpin Umno, namun apa yang dikatakannya kini adalah sebagai musuh Umno.

Sebagai contoh, katanya, dalam hanya beberapa bulan sahaja bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengubah nadanya dengan menyatakan apa yang cuba dilakukannya dahulu adalah kerana sayangkan Umno dan sekarang, beliau cuba memastikan Umno berkubur buat selama-lamanya.

“Tidak syak lagi Mukhriz cuba menjustifikasikan tindakan beliau seperti peribahasa Melayu menyatakan ‘menegakkan benang basah’.

“Tetapi jika Mukhriz tidak dipecat daripada Umno, adakah beliau akan mengubah nadanya? Jadi, ini bermakna ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kesetiaan kepada parti sebaliknya hanya untuk kepentingan peribadi,” kata Salleh.

Salleh berkata Muhyiddin juga lebih mementingkan keperluan politiknya sendiri berbanding kepentingan negara.

“Pada masa lalu, beliau (Muhyiddin) berkata beliau mendahulukan kepentingan Melayu dan semua yang lain sebagai perkara ke-2.

“Sekarang, beliau berkata PAS perlu bekerjasama dengan DAP untuk membantu menghancurkan Umno. Muhyiddin juga menyatakan tanpa bantuan DAP, PAS tidak dapat memenangi banyak kerusi,” katanya.

Salleh mempersoalkan bagaimana Muhyiddin mengharapkan PAS dan DAP untuk sekali lagi ‘tidur sebantal’ sedangkan isu yang menyebabkan perpecahan masih berlarutan.

“Adakah Muhyiddin menyatakan PAS harus menarik balik rang undang-undang pindaan Mahkamah Syariah atau menyatakan DAP perlu menerimanya? Ia harus menjadi satu daripadanya atau yang lain bagi PAS dan DAP untuk kembali bergabung,” katanya.

Muhyiddin Yassin, Malaysia's International Trade and Industry Minister, speaks at the Forbes Global CEO Conference in Singapore September 10, 2008. REUTERS/Vivek Prakash (SINGAPORE)
Muhyiddin Yassin, Malaysia’s International Trade and Industry Minister, speaks at the Forbes Global CEO Conference in Singapore September 10, 2008. REUTERS/Vivek Prakash (SINGAPORE)

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN