Pakatan Harapan Atau Barisan Rakyat, Mana Satu Pendirian PAN?

20160926-pan-bersama-ph-br

Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula menunjukkan belangnya apabila ada pemimpin mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan kerjasama ke atas penubuhan gabungan pembangkang dengan menggunakan satu logo sahaja iaitu Barisan Rakyat (BR).

Cadangan mewujudkan BR untuk semua parti pembangkang dengan menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi itu telah diusulkan oleh oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau merasakan ia mustahak untuk pembangkang ketika berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti bagi mengelakkan undi terpecah.

Gesaan kepada ROS itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persoalan di sini ialah, PAN sebenarnya bernaung di bawah kerjasama dengan parti mana? Selama ini semua sudah maklum bahawa PAN bersama Pakatan Harapan tetapi kini ia menyokong BR. Adakah PKR dan DAP tahu akan gesaan yang dibuat oleh Salahuddin ini?

“Cuma halangan terbesar dalam idea itu adalah sebagaimana kami lalui sewaktu zaman Pakatan Rakyat dahulu, kita kemukakan permohonan kepada ROS tetapi sampai PRU-13, ROS mendiamkan diri. Itu isunya.

“Kita tak putus asa, sekiranya semua parti (pembangkang) bersetuju, kita boleh mendapat kata sepakat dan akan adakan pertemuan dengan ROS untuk mereka luluskan pendaftaran apa saja nama sama ada Pakatan Harapan atau Harapan Rakyat, untuk berdepan satu lawan satu dengan BN.

“Saya harap ROS tak guna pelbagai halangan dan apa jua alasan, izinkan kami didaftarkan dan kami boleh guna satu lambang pada PRU akan datang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Setahun PAN di Muar, Sabtu lepas.

Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersetuju dengan gesaan yang dibuat Salahuddin itu? Sebelum ini sudah beberapa kali idea seperti ini diketengahkan tetapi pembangkang enggan bersatu di bawah satu nama dan satu lambang rasmi.

Adakah perkembangan ini menunjukkan PAN sudah menghitung kemungkinan untuk bekerjasama erat dengan PPBM memandangkan anggotanya merupakan kumpulan serpihan kepada PAS dan UMNO?

Ia pasti menarik perhatian ramai yang ingin melihat reaksi DAP, yang merupakan parti yang berpengaruh kuat dalam Pakatan Harapan. Adakah DAP akan menerima cadangan tersebut dan bagaimana pula dengan PKR. Adakah mereka mahu bertanding pada PRU ke-14 dengan hanya menggunakan satu nama sahaja?

Apa pun pendirian PAN itu hanya akan menyerlahkan lagi kekeliruan hala tuju parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN