700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan dan menyifatkan parti itu sebagai platform yang tepat untuk mereka meneruskan perjuangan politik demi kepentingan orang Melayu.

Kumpulan itu, yang diketuai bekas Ketua Kawasan PAN Labuan Chemat Mustapha, menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Bahagian UMNO Labuan merangkap Pengerusi BN Labuan Senator Datuk Bashir Alias di sebuah hotel di sini hari ini.

Annuar berkata UMNO mengambil pendekatan mengalu-alukan penyertaan bekas ahli UMNO atau ahli mana-mana parti politik lain ke dalam UMNO.

“UMNO membuka luas pintunya kepada ahli mana-mana parti politik dan bekas ahlinya untuk menyertai atau menyertai semula parti itu namun cabaran kami yang lebih besar ketika ini ialah menyatukan orang Melayu dan komuniti Islam (kesatuan Melayu) tanpa menjejaskan pihak lain kerana perpaduan amat penting demi kestabilan politik di dalam negara.

“UMNO adalah sebuah parti politik yang mewakili kepentingan orang Melayu semata-mata dan bertanggungjawab menjaga keharmonian segenap lapisan masyarakat di negara ini demi kestabilan politik… oleh itu, UMNO membuka pintunya kepada sesiapa sahaja yang berhasrat menyertai parti ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima borang keahlian kumpulan itu hari ini.

Chemat berkata penghijrahan beramai-ramai ke dalam UMNO sudah lama difikir dan dibincangkan ahli jawatankuasa di semua 25 cawangan PAN Labuan.

“Kami harus berterima kasih kepada Tan Sri Annuar dan Datuk Bashir kerana menerima kami kembali dalam UMNO… kami merasakan UMNO adalah parti yang tepat untuk menyatukan orang Melayu di Labuan manakala moto Demi Bangsa dan Negara akan terus menjadi panduan dalam perjuangan politik kami,” katanya. — Bernama

spot_img