PERMATA: Tak Sangka UNESCO Begitu Bodoh

20160920-rosmah-unesco-permata

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sepatutnya menerima anugerah `Lead by Example’ bersama-sama dengan Presiden Senegal, Macky Mall oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan beberapa hari lalu.

Penyampaian anugerah berkenaan dijadualkan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.

Pemilihan Rosmah adalah disebabkan sumbangan beliau dalam membangunkan potensi kanak-kanak di bawah Program Permata.

Namun disebabkan ada media antarabangsa yang telah mempersoalkan mengenai sumber pembiayaan untuk Permata, maka jawatankuasa penganjur telah mengeluarkan nama Rosmah sebagai salah satu daripada penerima anugerah, atas alasan mereka tidak dapat mengesahkan sumber pembiayaan Permata.

Isunya di sini ialah bagaimana bodohnya UNESCO yang tanpa usul periksa telah terikut-ikut dengan rentak beberapa media yang selama ini gemar memainkan isu negatif mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Hakikatnya Permata merupakan program yang mendapat dana daripada kerajaan setiap tahun.

Pada 2013, dana yang diperuntukkan untuk program ini adalah RM20.59 juta dan pada 2014 pula adalah RM32.39 juta, 2015 (RM34.46 juta) dan tahun ini pula adalah sebanyak RM36.34 juta.

Pemberian dana terbabit boleh dilihat secara umum termasuk dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Federal Government Financial Statement di mana butiran bajet mengenai operasi Permata boleh diperolehi.

Jika sukar mendapatkan penyata itu, sekurang-kurangnya UNESCO boleh mendapatkan maklumat dengan bertanya sendiri kepada pegawai diplomat Malaysia, bukannya mendengar tuduhan liar dan negatif yang dimainkan oleh media asing dan kemudiannya mengaitkan program Permata itu dengan wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun hak untuk memberikan anugerah itu adalah tertakluk kepada jawatankuasa terbabit namun adalah malang jika pemberiannya dibatalkan disebabkan keputusan dibuat berdasarkan cakap-cakap bahawa sumber pembiayaan Permata itu tidak dapat disahkan atau tidak diketahui.

Untuk rekod, pada 8 September lalu, Ketua Pengarah Irina Bokova menulis surat sendiri kepada Rosmah untuk menjemput isteri Perdana Menteri menerima anugerah berkenaan atas sumbangannya dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

“Dalam kapasiti saya sebagai Ketua Pengarah UNESCO, saya percaya keterangan anda, suara dan tindakan anda, melalui penglibatan dalam acara ini, akan mengukuhkan dan menggalakkan lagi tindakan global yang memihak kepada keamanan, menghormati kepelbagaian budaya, hak-hak asasi, kebebasan bersuara serta akses percuma kepada pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Mungkin ada yang menyifatkan pembatalan anugerah ini merupakan satu kejayaan kepada mereka, ketika mereka berusaha menumbangkan Najib namun hakikatnya ia merupakan satu kerugian kerana Permata telah membawa banyak manfaat kepada kanak-kanak, remaja dan pelajar pintar di Malaysia.

Malang sekali apabila program yang turut dijadikan sebagai kajian oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia dan New Zealand ini terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak, terpaksa berdepan dengan tamparan, akibat rasa sakit hati sesetengah pihak.

Tidak sangka begitu mudah sekali UNESCO diperbodohkan dengan cerita cerita palsu dan rekaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN