Pakatan Anti-Najib Mahathir Dengan Pemimpin Pembangkang Gagal Sebaik Dimulakan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pakatan anti-Najib antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan.

Menurut Salleh, idea pembaharuan pembangkang amat jauh bezanya daripada idea Dr Mahathir mengenai perkara itu dan mereka tidak sepakat mengenai butiran terperincinya.

“Keadaan ini sudah cukup untuk menjamin kegagalannya sejak awal lagi, sama seperti yang telah dialami Pakatan Rakyat. Marilah kita sama-sama mendengar dahulu apakah agenda pembaharuan mereka secara penuh, sebelum meminta rakyat menyokongnya.

“Apa pula selepas itu? Dr Mahathir berkata ia hanya bertujuan untuk menyingkirkan Najib agar Malaysia dapat diselamatkan. Menyelamatkan daripada apa? Apa yang beliau maksudkan ialah isu 1MDB, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya kerana perkara itu sudah diselesaikan dan tidak lagi merupakan suatu isu,” kata Salleh melalui catatan terbaru dalam blognya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kempen terbaru anti-Najib diketuai Dr Mahathir, yang mengeluarkan apa yang disebut sebagai Deklarasi Rakyat, untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan perdana menteri. “Malah, perkara berkaitan RM2.6 bilion juga sudah diselesaikan.

“Mereka perlu jujur dan tidak memperdaya rakyat. Mereka sedar bahawa langkah mereka untuk menyingkirkan Najib telah gagal dan ini hanya merupakan langkah untuk menyelamatkan air muka mereka.

“Ia hanyalah satu pertunjukan sampingan untuk memberi tanggapan bahawa usaha itu belum berakhir, sedangkan pada hakikatnya, ia telah berakhir beberapa bulan lepas,” kata Salleh.

Beliau berkata, mereka yang hadir pada sidang akhbar ANC (Kempen anti-Najib) hari ini terdiri daripada orang sama, yang begitu lantang bersuara dan menuntut Najib berundur sejak setahun lepas.

“Sebenarnya, ia merupakan perhimpunan oleh orang yang tidak mendapat tempat dan manusia daripada beraneka ragam, yang hanya disatukan oleh satu perkara iaitu: benci kepada Najib,” katanya.

Sebanyak 58 orang, antaranya Dr Mahathir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menandatangani deklarasi itu.

Turut menandatanganinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN