Selepas 19 tahun.. Akhirnya Repco Low di hukum penjara 5 tahun dan denda 5 juta

Selepas 19 tahun..

Akhirnya Repco Low di hukum penjara 5 tahun dan denda 5 juta.

Hari yang sama Mahathir isytihar keluar UMNO hukuman dijatuhkan.

https://www.facebook.com/olexs/posts/1155852277759190

Saham: Repco Low Dihukum Penjara Lima Tahun, Denda RM 5 Juta

Selepas 17 tahun turun naik mahkamah, bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd, ‘Repco Low’ hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan cuba mengelirukan pasaran saham pada 1997.
Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan Low Thiam Hock atau lebih dikenali Repco Low, 54, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini, yang jatuh pada ‘tahun lompat’.
Mahkamah juga memerintahkan Low, yang kelihatan tenang sejurus hukuman dijatuhkan terhadapnya, menjalani hukuman penjara lima tahun lagi jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan peguam Edmund Bon Tai Soon, mewakili Low untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM1.3 juta.
Mat Ghani ketika menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti dan mempertimbangkan fakta kes serta mengambil kira hujahan kedua-dua pihak.
Terdahulu, Bon memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan jika penangguhan denda tidak dibenarkan, pihak pembelaan memohon supaya bayaran denda dibuat secara ansuran.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti Roz Mawar Rozain pula berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan berhubung permohonan penangguhan hukuman penjara dan pembayaran secara ansuran, tetapi membantah bagi hukuman denda ditangguhkan.
Pada 11 Jan lepas, Low didapati bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Pada 1999, Low didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn Bhd untuk membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perbuatan itu didakwa boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.
Low dari Kota Kinabalu, Sabah, didakwa melakukan kesalahan itu di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, antara 11 pagi dan 5 petang, 3 Dis 1997.
Pertuduhan mengikut Seksyen 84(1) Akta Industri Sekuriti 1983 dibaca bersama Seksyen 88(b) akta sama itu memperuntukkan hukuman minimum denda RM1 juta dan penjara sehingga 10 tahun.
Pada 14 Nov 2006, Mahkamah Sesyen melepaskan Low daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pertuduhan itu adalah cacat.
Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Low, bagaimanapun pada 28 Feb 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan Low membela diri terhadap pertuduhan cuba mengelirukan pasaran saham itu.
Panel tiga anggota yang ketika itu diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2006 yang membebaskannya tanpa dipanggil membela diri.
Prosiding hari ini turut dihadiri anggota keluarga Low. Low juga diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Sementara itu, Bon ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi minggu ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN