Islam seru pastikan kesahihan berita sebelum sebar untuk kebaikan

Tindakan menyebar berita yang tidak disahkan akan membawa kepada pertuduhan yang menjurus kepada kekacauan serta ketidakharmonian dalam kalangan rakyat.

najib media sosial

“Menyebarkan berita yang tidak disahkan akan menjurus kepada pertuduhan, dan tuduhan-tuduhan buruk akan membawa kepada perpecahan serta mengganggu keharmonian yang telah kita semai selama bertahun-tahun,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam blognya, Sabtu.

Najib yang mengambil contoh insiden kebakaran kereta di tempat letak kereta di Petaling Jaya Isnin lalu berkata, kejadian itu pada mulanya dihebohkan sebagai serangan bom namun akhirnya ternyata sekadar kes membakar kerana cemburu.

“Perkara seperti ini boleh dijadikan iktibar kepada semua untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita, terutamanya yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej,” katanya menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sebarang berita yang diterima adalah benar dan tepat.

Beliau menjadikan keharusan memastikan kesahihan berita seperti yang diseru Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 dengan tafsirannya yang berbunyi…..

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Menurutnya, teknologi sekarang memudahkan orang ramai menyebarkan maklumat, malangnya ramai tidak mengambil peduli kesahihan berita yang mereka sebarkan.

Ini kerana, berita tidak sahih katanya, akan mewujudkan “suasana ketakutan” di kalangan rakyat dan memusnahkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Implikasinya cukup besar, terutamanya terhadap ekonomi negara,” kata Najib lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya lebih bertanggungjawab dengan penggunaan teknologi masa kini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN