Video: Najib Akui Terguris Hati Dengan Tun M

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.

“Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)…,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Najib juga menyifatkan Dr Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu, bahawa seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.

“Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.

“Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap…tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan,” katanya.

Najib juga mengakui berasa kesal dengan tindakan Dr Mahathir yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya.

Keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir yang disifatkan Najib sebagai banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.

Menyifatkan segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi, Najib berkata perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin.

“Ini bukan baharu dan setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita…ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti,” katanya.

Berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.

“Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

“Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat…tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN