1MDB: Arul Kanda Dipanggil Semula Jumpa PAC 18 Disember

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tampil memberi keterangan buat kali pertama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Bangunan Parlimen.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bertemu semula Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda pada 18 Disember ini untuk memberikan penjelasan lebih lanjut berkaitan syarikat tersebut.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ada beberapa perkara lagi yang belum diselesaikan dan perlu dimuktamadkan berkaitan syarikat dan oleh kerana itu, Arul Kanda akan dipanggil semula.

“Kita tangguhkan semula (prosiding) ke 18 Dis ini kerana keterangan tidak cukup lengkap lagi. Kita puas hati (dengan penjelasan) tetapi kita hendak perincikan lagi. Tidak semestinya berkaitan penubuhan syarikat sahaja.

“Kerana itu, kita akan panggil Arul Kanda semula. Ya, dia seorang sahaja…berapa peratus prosiding ini selesai? Susah hendak dikatakan lagi ketika ini,” katanya ringkas kepada pemberita selepas prosiding itu selesai kira-kira pukul 5 petang Selasa.

Prosiding hari ini merupakan pertemuan pertama Arul Kanda dengan PAC.

Hasan sebelum itu dilapor sebagai berkata PAC berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukakan oleh Arul Kanda berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw pula berkata beliau dan anggota parlimen pembangkang yang menganggotai jawatankuasa itu turut berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda.

“Kita berpuas hati, namun kita akan panggil beliau balik dan minta penjelasan dalam beberapa perkara seperti rationalisasi pembayaran balik hutang syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Arul Kanda berkata pelbagai soalan berkaitan urus tadbir 1MDB dan apa yang telah laksanakan oleh syarikat itu sejak awal penubuhannya sehingga sekarang telah ditanya semasa mesyuarat tersebut.

“Namun, apa yang dikatakan dalam mesyuarat tadi tidak boleh dibincangkan (kepada umum selagi belum selesai).

“Apa yang penting, kami (1MDB) memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PAC (berhubung siasatan ini),” katanya kepada pemberita.

Arul Kanda, yang diminta hadir bagi sesi seterusnya, turut berkata peluang seperti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberikan penerangan dan penjelasan yang sewajarnya kepada PAC.

“Apabila kami dipanggil, kami mengalu-alukan peluang untuk hadir dan memberi penjelasan di pihak kami. Kemampuan atau peluang yang diberikan kepada kami merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan.

“Kami menjawab soalan-soalan hari ini sebaik mungkin.

“Saya telah dijemput untuk menghadiri sesi lain. Seperti yang dinyatakan sebelum ini dan sekarang, kami akan menghadirinya,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â