Projek Pan Borneo 100 Peratus Ditawarkan Kepada Kontraktor Sabah – Pairin

pan-borneo-highway

Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo akan ditawarkan 100 peratus kepada kontraktor tempatan Sabah yang layak dan berkeupayaan untuk membina projek itu, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata jaminan itu diberikan oleh kerajaan Persekutuan melalui Majlis Ekonomi yang menetapkan supaya projek itu ditawarkan kepada kontraktor tempatan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju dengan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek Pan Borneo dengan kaedah rakan kongsi penyampaian swasta (PDP) bagi merancang, mereka bentuk, perolehan kontrak dan pengawasan projek.

“PDP adalah satu kaedah penyampaian khusus yang akan membantu kerajaan mempercepat pelaksanaan projek Pan Borneo dalam tempoh dan bajet ditetapkan.

“Dengan kaedah ini, risiko pelaksanaan dan penyiapan projek akan ditanggung oleh pihak PDP,” kata Pairin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) yang ingin tahu sama ada pelaksanaan projek Pan Borneo terdiri daripada kontraktor tempatan seperti di Sarawak.

Pairin berkata pembinaan projek itu akan dilaksanakan secara tender terbuka seperti mana dilaksanakan di Sarawak; selain membahagikan lebuh raya sepanjang 706km itu di Sabah kepada beberapa kluster bagi memberi peluang kepada lebih banyak kontraktor berkeupayaan dan layak untuk melaksanakannya.

“Setakat ini, belum ada kontraktor ditawarkan untuk melaksanakan Pan Borneo Sabah fasa pertama,” katanya.

Katanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bermula pada Mac tahun depan sebaik sahaja reka bentuk terperinci membabitkan tiga pakej awalan iaitu Jalan Donggongan Papar Spur; Jalan Tawau-Semporna; dan Jalan Lahad Datu Bypass siap pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, ketika mencelah soalan tambahan Lajim, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan memang sudah diberikan kepada Sabah dan Sarawak seperti mana diumumkan dalam Bajet 2016.

“Cuma (Sabah) caranya PDP. Apa yang baik PDP ini, ia dikendalikan oleh orang Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi pengerusi kepada lembaga tender ini nanti dan kita minta juga kontraktor Sabah diberi keutamaan,” katanya, menambah kerajaan negeri turut menjalin kerjasama dengan swasta dalam projek itu.

Lajim ingin tahu kenapa kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan geran projek itu seperti di Sarawak dan mengapa Sabah menggunakan kaedah PDP.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah – Ahmad Zahid

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN – Darell Leiking

Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN