Penemuan rangka di tali air: Misteri kehilangan Nur Zalila terungkai?

tulang-manusia - tali-air-2

KOTA BHARU – Penemuan dua rangka manusia di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, kelmarin mungkin merungkai misteri kehilangan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikatakan dilarikan seorang tomboi, dua tahun lalu.

Mangsa, Nur Zalila Ibrahim, 10, dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jelujok pada 27 Mei 2013 selepas keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya.

Kanak-kanak itu dikatakan ‘dilarikan’ oleh tomboi berkenaan dikenali sebagai Along, 23. Mereka berdua gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dua rangka yang ditemukan dalam tali air itu adalah mereka berdua yang hilang sejak lebih dua tahun lalu.

“Pasukan kita menemui dua tengkorak manusia dengan tulang yang berselerakan di tali air tersebut. Kita menyiasat sama ada rangka ini bersabit dengan laporan seorang kanak-kanak hilang pada Mei 2013 lalu.

“Kedua-duanya dilaporkan hilang semasa pergi ke kedai bersama sebuah motosikal (Honda EX5). Motosikal tersebut kita berjaya temui tetapi mereka berdua gagal dikesan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa.

Kelmarin, penduduk kampung yang sedang melakukan kerja pembersihan tali air di Kampung Pak Keral di sini gempar selepas menemukan tulang berselerakan serta sepasang korset kira-kira pukul 7 petang.

Pada 2 Jun 2013, akhbar melaporkan kehilangan Nur Zalila yang dipercayai dilarikan Along yang merupakan kenalan kepada kakak mangsa, Nurul Huda, 18.

Turut lesap motosikal jenis EX5 berwarna merah bernombor pendaftaran DBV5347 dinaiki mereka.

Bagaimanapun, motosikal berkenaan ditemukan beberapa hari kemudian di dasar tali air selepas tersangkut pada jala seorang penduduk kampung.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN