Banjir Lumpur: Mangsa Tinggalkan Kereta Lari Selamatkan Diri

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Seorang pengguna lebuhraya duduk di pembahagi jalan yang bertakungkan lumpur ekoran kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi malam ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Seorang pengguna lebuhraya duduk di pembahagi jalan yang bertakungkan lumpur ekoran kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi malam ini.
–fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

BENTONG — “Saya terus lari selamatkan diri tanpa memikirkan apa-apa,” kata seorang daripada pengguna Lebuhraya KL-Karak, Naimran Ibrahim ketika berdepan detik mencemaskan semasa kejadian tanah runtuh di Km52.4 laluan Lentang-Bukit Tinggi dekat sini, semalam.

Naimran, 37, berkata beliau bersama ayahnya terpaksa meninggalkan keretanya di tengah-tengah lebuh raya dan lari sejauh 50 meter untuk menyelamatkan diri.

“Semasa kejadian, hujan lebat membasahi laluan berkenaan dan tiba-tiba sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya melintang di laluan itu.

“Pada mulanya saya sangka lori itu melintang akibat keadaan jalan yang licin tetapi tidak lama selepas itu, barulah saya sedar terdapat air lumpur yang banyak melimpah dari sebuah bukit berhampiran laluan itu,” katanya ketika ditemui Bernama dekat sini.

Berikutan itu, katanya beliau yang dalam perjalanan dari Seremban ke pejabatnya di Kuantan terus bertindak menekan brek kecemasan untuk memberhentikan kereta bagi menyelamatkan diri.

Naimran yang merupakan pereka kad kahwin berkata banjir lumpur itu turut menghanyutkan keretanya ke tepi sebuah longkang berdekatan laluan itu.

“Kereta saya berjaya ditarik keluar oleh petugas lebuh raya kira-kira pukul 9.30 malam tadi, dan alhamdulillah kereta saya hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian luar manakala enjin masih boleh berfungsi” katanya yang memandu kereta jenis Mini Cooper itu.

Katanya, beliau akan menghantar keretanya ke bengkel kenderaan di Kuantan untuk proses baik pulih.

Sementara itu, Low Chin Seng, 17, yang turut terperangkap dalam kejadian itu berkata ianya berlaku dalam keadaan yang pantas sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya melanggar sebuah kenderaan di depannya.

“Saya dapat lihat pokok tumbang dan air mengalir dengan deras dari bukit berdekatan,” katanya yang dalam perjalanan dari Cheras ke Bukit Tinggi untuk menghadiri majlis makan malam dekat sini.

Lim yang memandu kereta jenis Toyota Estima ditemani rakannya semasa kejadian berkenaan dan kedua-duanya merupakan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari di Bentong dekat sini.

“Saya masih lagi terkejut…ini merupakan pengalaman pertama saya dalam kejadian tanah runtuh dan amat bersyukur kerana terselamat,” katanya.

Semalam, kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya KL-Karak di laluan Lentang-Bukit Tinggi berlaku pada pukul 6.35 petang menyebabkan banjir lumpur hampir 500 meter di sepanjang laluan berkenaan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN