Mahathir, Muhyiddin Minta Sokongan G25 Untuk Ganti Najib

“Perdana Menteri dalam bahaya sekarang kerana elemen sayap kanan dalam kalangan Umno, dan mereka adalah orang yang menyekat pendirian bersederhana beliau,”

g25-Tawfik-Ismail
Tawfik Ismail

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan kumpulan tokoh Melayu profesional atau G25 bagi mendapatkan sokongan mereka dalam mengganti kepimpinan negara.

Perkara tersebut didedahkan seorang ahli dalam kumpulan tersebut.

Tawfik Ismail, yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata G25 bertemu dua pemimpin itu secara berasingan dengan topik menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibangkitkan.

Katanya, kumpulan tersebut bagaimanapun enggan terlibat kerana mengambil sikap ‘non-partisan’ dan tidak diyakinkan bahawa pertukaran Najib akan memulihkan lagi keadaan.

“Kami pertama kali bertemu dengan Dr Mahathir awal tahun ini untuk membincangkan mengenai Islam dan perlembagaan apabila beliau menyentuh isu perubahan dalam kepimpinan.

“Saya membalas dengan berkata: apa yang membuatkan beliau terfikir menggantikan Najib boleh membawa kebaikan? Pada waktu itu, Muhyiddin masih lagi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Tawfik berkata konfrontasi berlaku di kalangan mereka pada pertemuan itu apabila Dr Mahathir mengkritik Najib mengenai penglibatannya dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendorong beliau menunjukkan kegagalan bekas perdana menteri itu.

Beliau turut mendedahkan satu mesyuarat berlaku bersama Muhyiddin pada Oktober, tiga bulan selepas bekas timbalan perdana menteri itu digugurkan dari Kabinet.

“Ia mesyuarat pertama kami dengan Muhyiddin dan terdapat 12 daripada ahli kami (G25) di sana. Beliau bertanya kepada kami bagaimana dapat membantu ‘pergerakan’ yang boleh disertai G25.

“Kami beritahu beliau bahawa kami tidak fikir beliau dan Dr Mahathir adalah individu yang sesuai untuk menentang Najib kerana mereka membawa bagasi bersama.

“Dari segi kredibiliti, bagaimana mereka boleh menggambarkan diri mereka untuk menjadi lebih baik?,” kata Tawfik.

Beliau berkata kumpulan tersebut bertemu dengan Dr Mahathir buat kali kedua pada petang 12 Oktober selepas bekas perdana menteri itu mengadakan sidang akhbar dengan beberapa veteran Barisan Nasional (BN) termasuk Muhyiddin untuk membidas penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap pengkritik politik.

“Empat daripada kami menghadiri mesyuarat itu di mana Dr Mahathir bertanya sekiranya G25 bersedia untuk membuat kenyataan bersama dengan sekumpulan masyarakat Cina untuk bercakap mengenai kebimbangan terhadap keyakinan dalam perniagaan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Kami berkata tidak mahu menjadikan ia perkara bersifat perkauman – di mana sekumpulan Melayu dan Cina bergabung. Bagaimana pula dengan kaum lain?,” soalnya.

Tawfik berkata sebaliknya G25 mencadangkan membawa Malaysia Timur dan mendekati isu ini sebagai kuasa negara serta meneroka idea majlis perundingan negara yang diilhamkan adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak.

Katanya, G25 masih menganggap Najib sebagai individu terbaik untuk memimpin negara kerana beliau adalah seorang yang bersederhana secara semula jadi.

“Perdana Menteri dalam bahaya sekarang kerana elemen sayap kanan dalam kalangan Umno, dan mereka adalah orang yang menyekat pendirian bersederhana beliau,” katanya.

Bagaimanapun, kem Muhyiddin dan Dr Mahathir tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen mengenai perkara ini.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN