Kes Liwat Anwar: Semua Pihak Perlu Hormati Proses Perundangan Malaysia

anwar-penjara

Semua pihak termasuk mereka di luar negara perlu menghormati proses perundangan Malaysia, penghakiman mahkamah Malaysia dan hak mangsa untuk mendapatkan pengadilan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan malam Isnin berkata Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dengan banyak keputusan yang tidak memihak kepada tokoh-tokoh kanan kerajaan.

“Kerajaan tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk menolak keputusan mahkamah-mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons terhadap dakwaan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara sembarangan, jadi pertuduhan liwat terhadapnya adalah bermotifkan politik untuk mengaibkannya.

Pada 17 Februari, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Pejabat Perdana Menteri menyatakan keputusan akhir dalam kes itu dibuat oleh mahkamah selepas mematuhi proses perundangan yang komprehensif dan menggunakan semua saluran, yang telah mengambil masa bertahun-tahun.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah yang dibuat Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan semua keterangan dan bukti, menurutnya.

“Bukannya kerajaan tetapi mangsa, Saiful Bukhari Azlan, sebagai seorang individu dan pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat laporan polis dan membawa kes itu.
“Anwar telah disabitkan dengan jenayah itu dan ini merupakan kes jenayah dan bukannya kes politik. Ia tiada kena mengena dengan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed turut mengulas kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) berhubung dakwaan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari itu.

Pihak berkenaan tidak berhak mempersoalkan keputusan mahkamah, katanya menerusi khidmat aplikasi WhatsApp

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN