Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan kerajaan atas dakwaan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘umpan’ melompat parti selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Anwar memfailkan saman pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang akhbar pada 16 Mei 2009 bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut.
Dalam saman tersebut, Anwar selaku pihak plaintif mendakwa, Anifah yang dinamakan sebagai pihak defendan dalam sidang akhbar itu menyatakan beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘umpan’ melompat parti selepas Pilihan Raya Umum 2008.