Mohammad Nizar mohon maaf kepada Perdana Menteri, kes fitnah selesai

nizar-minta-maaf-fitnah-najib

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang didakwa atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.

Mohammad Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

“Oleh yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, Yusaini Amer berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Mohammad Nizar pada 22 Okt lepas.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Mohammad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu,” katanya.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN