#Bajet2016: Sekolah bangunan 
kayu akan dinaik taraf

PANDIKAR AMIN MULIA (kiri) berbual dengan Mahdzir Khalid (dua dari kiri) ketika mengiringi lawatan kerja Menteri Pendidikan itu ke SK Nanamun di Kota Belud, Sabah, semalam. Turut kelihatan Jame Alip.

Sekolah-sekolah yang masih terdapat bangunan kayu serta disahkan tidak lagi selamat untuk proses pembelajaran serta sebarang aktiviti akan dinaik taraf atau dibina bangunan baharu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat permulaan sebanyak 20 buah sekolah akan diteliti bagi tujuan tersebut sebelum diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

“Mekanismenya, kita tidak perlu berbelanja besar. Contohnya, kalau sesebuah sekolah itu memerlukan gantian bangunan untuk menempatkan lapan buah bilik darjah, itulah peruntukannya.

“Kita akan selesaikan, mungkin 20 buah sekolah terlebih dahulu dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Contoh terdekat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan di Tuaran yang telah kita naik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat SK Nanamun dekat sini yang berdepan pelbagai masalah seperti hakisan tanah dan bangunan kayu yang rosak akibat anai-anai.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip.

SK Nanamun yang dibina pada 6 Jun 1960 disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan disyorkan berpindah sementara ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sri Mulia yang terletak berhampiran.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga mencadangkan agar nama sekolah itu ditukar kepada SK Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai mengenang jasa pemimpin itu yang juga bekas murid sekolah terbabit.

Mahdzir memberitahu, buat permulaan, proses menaik taraf sekolah-sekolah terbabit tertumpu kepada sekolah berstatus kritikal.

Bagi kerja-kerja menaik taraf SK Nanamun jelasnya, sebanyak RM14 juta diperuntukkan bagi membina bangunan baharu sekolah berkenaan.

“Ada banyak sekolah yang sama seperti SK Nanamun. Kita ada data-data ini. SK Nanamun ini cukup daif. Kita sudah ada peruntukan dan mungkin mengambil masa tiga tahun sebelum SK Nanamun berpindah ke bangunan baharu,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang ditanya tentang pembentangan Bajet 2016 berkata, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan sebanyak RM41.3 bilion khusus bagi tujuan pembangunan, kurikulum, kokurikulum serta pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN