KENYATAAN AKHBAR KEBOCORAN MAKLUMAT SIASATAN BANK NEGARA TERHADAP 1MDB

Kebocoran dan penjualan maklumat siasatan adalah perbuatan mensabotaj yang tidak boleh dimaafkan

1mdb-bank-negara

Pada 12 Oktober 2015, sekali lagi terjadi insiden kebocoran dan/atau penjualan maklumat siasatan daripada pihak berkuasa yang bertanggung jawab menyiasat 1MDB.

Dalam rencana terbaru Sarawak Report, mereka telah secara jelas menyebut bahawa mereka menerima dokumen siasatan berkaitan 1MDB dari Bank Negara Malaysia (BNM). Saya amat berdukacita mengapa BNM masih membisu sehingga hari ini mengenai perkara mustahak yang begitu membimbangkan seperti ini.

Ini adalah kali ke-4 kebocoran maklumat siasatan berkaitan 1MDB berlaku.

Insiden pertama pada 2 Julai 2015 diakui oleh Wall Street Journal (WSJ) di dalam artikel mereka yang menyebut bahawa WSJ telah melihat dokumen siasatan dari penyiasat kerajaan. Insiden kedua berlaku pada 9 September 2015, dimana WSJ mengakui telah melihat draf laporan interim siasatan oleh Jabatan Audit Negara. Insiden ketiga diakui oleh Sarawak Report pada 11 Oktober 2015, dengan menyebut bahawa dokumen diperolehi dari BNM.

Pada 14 September 2015, saya telah mendesakpihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang transaksi kewangan penjualan maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada media asing, Wall Street Journal (WSJ).

Saya amat yakin bahawa terdapat kes penjualan maklumat dan bukan sekadar pembocoran biasa kerana saya percaya ada pihak yang cuba mendapat keuntungan demi kepentingan peribadi dan politik.

Sebelum ini pihak polis telah menyiasat insiden kebocoran dan penjualan maklumat di kalangan pasukan petugas khas. Malangnya siasatan polis ini telah ditangguhkan kerana terdapat anggota pasukan petugas khas yang tidak mahu pegawai mereka disiasat walaupun ada kecenderungan pegawai mereka terlibat.Apa sudah jadi dengan pasukan penyiasat di kalangan agensi di dalam negara apabila mereka tidak lagi mempunyai integriti dan tidak berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia?

Perbuatan membocorkan dan menjual maklumat siasatan sebelum siasatan dimuktamadkan bukan sahaja tidak adil terhadap pihak yang dituduh, tetapi juga boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Ia juga boleh dianggap sebagai satu sabotaj dan cubaan mensabotaj ekonomi negara.

Saya difahamkan bahawa 1MDB telah membuat laporan polis pada 12 Oktober 2015 mengenai pembocoran dan/atau penjualan maklumat. Saya mendesak pihak PDRM dan SPRM untuk membuka penyiasatan segera dan terperinci dari setiap sudut, termasuk keatas akaun bank semua ahli PAC, anggota BNM dan mana-mana pihak lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan membocor dan menjual maklumat peribadi dan rahsia.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN