SEREMBANÂ – Seramai tujuh orang kontraktor bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi pemasangan perkhidmatan internet.
Suspek yang berusia antara 24 hingga 43 tahun ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi di pejabat SPRM negeri di sini.
Mereka disyaki telah mengemukakan borang permohonan pelanggan yang mengandungi butiran palsu kepada pihak TM melalui sebuah syarikat agen jualan berdaftar dengan syarikat telekomunikasi itu.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu dan berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman untuk kesemua suspek selama lima hari mulai hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia