Penyalahgunaan Undang-Undang: Mahathir Kena Ingat Tindakan Beliau Semasa Zamannya

sidang-media-mahathir-sosma-1

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Isnin mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat banyak kes apabila individu ditahan, didakwa dan disabitkan kerana bercakap benar semasa beliau memegang jawatan perdana menteri.

Beliau memberi respons itu berikutan sidang akhbar Dr Mahathir berhubung penahanan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Dr Mahathir berkata penahanan itu merupakan penyalahgunaan serta tidak menghormati undang-undang, dan menambah, satu-satunya jenayah yang dilakukan mereka berdua adalah bercakap benar.

Salleh berkata: “Dr Mahathir, dalam banyak-banyak orang, seharusnya tahu bahawa kebenaran adalah subjektif dan hanya disebabkan seseorang itu bercakap benar tidak bermakna dia tidak melanggari undang-undang.

“Dr Mahathir mesti diingatkan tentang banyak kes semasa zaman beliau apabila orang yang bercakap benar ditahan, didakwa dan disabitkan disebabkan jenayah kerana bercakap benar,” katanya dalam catatan terkini menerusi blog beliau, www.sskeruak.blogspot.my.

Memetik kes tokoh pembangkang Marina Yusoff sebagai contoh, Salleh berkata Marina disabitkan dan dijatuhi hukuman mengikut Akta Hasutan pada tahun 2000 kerana bercakap benar dan dalam keputusannya, hakim berkata hanya disebabkan bercakap benar, itu tidak bermakna beliau tidak bersalah dalam melakukan jenayah.

“Semasa era Dr Mahathir sebagai perdana menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap penentang dan pengkritik kerajaan tanpa dibicarakan.

“Pada 2001, sepuluh penyokong (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ditahan tanpa dibicarakan berhubung dakwaan bahawa mereka adalah pengganas,” katanya.

Salleh berkata enam daripada mereka ditahan selama dua tahun dan mahkamah kemudian memutuskan bahawa mereka bukanlah pengganas dan tahanan mereka itu tidak sah.

“Setidak-tidaknya Khairuddin dan Matthias akan dibicarakan bagi mereka mempertahankan diri dan jika didapati tidak bersalah, mereka akan dibebaskan,” katanya.

Salleh berkata biarlah perbicaraan itu kelak yang menentukan sama ada apa yang diperkatakan Khairuddin dan Matthias adalah benar.
Khairuddin, 53, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan dan Chang, 65, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan kini ditahan di bawah SOSMA, yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN