Suami isteri cina maut terkena letupan bom di Kampung Pulai, Gua Musang (video)

Kerana masalah tuntutan harta, seorang lelaki bertindak kejam membunuh ibu bapa angkatnya dengan memasang bahan letupan pada motosikal yang dinaiki mereka hingga menyebabkan pasangan warga emas tersebut maut dalam keadaan mengerikan selepas bom itu meletup.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, dalam perjalanan menuju ke Kampung Pulai di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai di Gua Musang dekat sini hari ini.

Letupan bom buatan sendiri yang difahamkan boleh didengari sejauh lima kilometer itu menyebabkan cebisan daging kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan raya dalam lingkungan 40 meter radius.

Sejam selepas kejadian, anak angkat mangsa yang berusia 27 tahun diberkas rumahnya di Kampung Batu Papan di sini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penoreh getah itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu Papan ke kampung tersebut kerana mempunyai urusan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

“Lebih kurang tiga kilometer pasangan itu menunggang motosikal dari rumah mereka, secara tiba-tiba motosikal tersebut meletup dan berkecai.

“Berdasarkan siasatan awal, bom tersebut dipercayai diletakkan berhampiran dengan bateri motosikal jenis Demak yang ditunggang mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mazlan, bertindak atas maklumat yang diperoleh, suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan di rumahnya.

Ujarnya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati mengenai tuntutan harta.

Sementara itu, di lokasi kejadian, Ketua Polis Daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada masih terdapat bahan letupan yang dimiliki oleh suspek di rumahnya atau disimpan di lokasi lain.

“Saya minta kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi terutama di media sosial berhubung kejadian ini dan bahan letupan yang digunakan.

“Kita mendapati punca letupan ini adalah daripada bahan letupan buatan sendiri dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

bom-buatan-sendiri meletup-suami-isteri-terbunuh

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN