Satu hingga dua kejadian bunuh diri di Malaysia setiap hari – KP Kesihatan

男子一邊在發泄情緒,一邊還抽著煙。

Purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari, menurut statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan statistik itu, sejumlah 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh tiga tahun itu dengan nisbah lelaki berbanding wanita 2:1.

“Ini hanyalah berdasarkan kes bedah siasat (post mortem) dan statistik sebenar berkemungkinan lebih tinggi,” katanya dalam ucapan perasmian seminar ‘Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan’ bersempena bulan pencegahan bunuh diri 2015 di sini hari ini.

Objektif seminar berkenaan ialah meningkatkan pengetahuan peserta yang terdiri daripada pengamal perubatan dan pakar psikologi mengenai pengendalian tingkah laku bunuh diri, epidemiologi dan faktor-faktor penyebab bunuh diri di Malaysia.

Dr. Noor Hisham berkata, statistik Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan untuk tempoh lima tahun (2010-2014) pula menunjukkan sejumlah 338 kematian di hospital-hospital kementerian adalah disebabkan oleh perbuatan mencederakan diri atau ‘intentional self-harm’.

Menurutnya, tingkah laku bunuh diri boleh berlaku akibat pelbagai faktor kompleks yang saling berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah dan substans, tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan, perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga.

Dr. Noor Hisham berkata tingkah laku bunuh diri meliputi spektrum idea bunuh diri, rancangan bunuh diri, cubaan bunuh diri dan aksi bunuh diri.

Tambah beliau, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen idea bunuh diri dalam kalangan masyarakat dewasa Malaysia adalah 1.7 peratus, prevalen rancangan bunuh diri 0.9 peratus dan prevalen cubaan bunuh diri adalah 0.5 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 45 hospital kerajaan di seluruh negara memberikan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental dengan sejumlah 224 pakar psikiatri dan 12 pegawai psikologi (klinikal).

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN