Malaysia Peroleh Kuota Tambahan 2,100 Jemaah Haji Muassasah

jemaah-haji

Kerajaan berjaya mendapat kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah haji muassasah dengan ihsan kerajaan Arab Saudi dan telah melakukan beberapa penerbangan sejak Rabu lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad berjaya mengusahakan penerbangan kapal terbang jenis Airbus A380 dengan muatan 489 penumpang untuk sebuah pesawat.

“Ini adalah kali pertama penerbangan jenis A380 digunakan oleh TH untuk operasi haji.

“Penerbangan tambahan itu KT 66, 67 dan 68 serta beberapa penerbangan komersil telah selamat terbang sehingga 17 September dengan jumlah 1,612 orang (kuota tambahan),” katanya pada sidang media di Kompleks TH Kelana Jaya, di sini Sabtu.

Beliau berkata, penerbangan terakhir jemaah tambahan iaitu KT69 dijadual berlepas pada pukul 12 tengah hari Ahad dengan 489 jemaah.

Selain itu katanya, kuota asal jemaah haji Muassasah seramai 22,320 orang telah berjaya dihantar ke tanah suci Rabu lepas dan kesemua jemaah berada dalam keadaan sihat di maktab-maktab di Makkah.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, TH tidak akan menghentikan usaha mencari dua jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lepas.

“Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi proses pengecaman jenazah dijangka diperoleh selewat-lewatnya tiga minggu lagi dan dalam tempoh itu kita tidak akan berhenti mencari sehingga mendapat keputusan DNA yang muktamad,” katanya.

Sampel DNA waris dua jemaah haji Malaysia yang masih hilang, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, waris Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah, tiba di Jeddah pada 6.15 petang Jumaat dan mereka terus dibawa ke rumah mayat itu untuk proses pengambilan spesimen masing-masing.

Abdul Azeez turut memaklumkan setiap waris mangsa yang diterbangkan ke tanah suci akan diberi peluang mengerjakan haji memandangkan hari wukuf tidak lama lagi dan perbelanjaan mereka ditanggung tabung kebajikan TH.

“Mengenai jemaah yang cedera, kita akan membawa mereka ke Arafah dengan ambulans bagi membolehkan mereka menyempurnakan ibadah haji mereka,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN