UMNO Stabil, Pemimpin Semakin Matang

muhyiddin-najib-kospirasi

Pemimpin UMNO kini memperlihatkan sikap yang semakin matang dan ini telah memperkukuhkan lagi parti politik Melayu yang terbesar di negara ini, menurut penganalisis politik.

Kematangan barisan pemimpin parti jelas terbukti apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO fokus dalam membincangkan perkembangan semasa termasuk isu yang perlu ditangani dan kepentingan solidariti dalam kepimpinan MT.

Malah penyebaran desas-desus dalam media sosial kononnya Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dipecat pada mesyuarat itu tidak menjadi kenyataan.

Mesyuarat tersebut adalah pertama diadakan selepas Muhyiddin hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Mohd Shafie sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dalam rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 28 Julai lepas.

Bagi Ketua Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar pula pucuk kepimpinan UMNO kini berkeupayaan untuk membezakan antara hal pentadbiran negara dan pengurusan parti.

Katanya kemampuan pemimpin UMNO yang dapat membezakan jawatan dalam Kabinet adalah atas budi bicara perdana menteri, manakala jawatan dalam parti adalah sesuatu yang dipilih oleh akar umbi parti dengan memperlihatkan kematangan mereka dalam berpolitik.

Mesyuarat MT UMNO, yang berjalan dalam suasana harmoni, turut mencerminkan pemuafakatan pucuk pimpinan UMNO masih jitu dan kuat, begitu pula pandangan pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan.

Katanya, pemuafakatan adalah penting bagi memastikan UMNO dikekalkan demi menjamin survival parti tonggak orang Melayu itu.

“Bukan mudah, biasa apabila berlaku pemecatan, parti itu akan goyah dan kumpulan itu akan membentuk serpihan parti baharu.

“Umpamanya sekarang yang berlaku kepada beberapa bekas pimpinan PAS…akibat tiada tempat dalam jawatan parti, terus keluar tubuh parti baharu bagi mencapai agenda tertentu, malangnya episod ini tidak berlaku dalam UMNO,” kata Azmi.

Beliau berkata apa yang berlaku semalam memberi mesej yang jelas, bukan sahaja kepada anggota UMNO tetapi kepada rakyat bahawa parti itu tetap stabil.

“Rakyat mahukan sebuah parti yang stabil dan UMNO menterjemahkan perkara itu. Meskipun ada sedikit perbezaan pendapat, tapi mereka (pucuk pimpinan) sanggup bertolak ansur demi memperkasakan agenda parti,” katanya.

Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pula berpendapat sikap pucuk pimpinan UMNO itu menzahirkan bahawa mereka bertindak mengikut kaedah kompromi berbanding konfrontasi dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Inilah yang sepatut dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO, bersabar dan matang terhadap apa sahaja dugaan berlaku. Perbincangan bersama boleh memberikan kekuatan kepada parti,” katanya.

Beliau berkata ini perlu dicontohi oleh seluruh kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi dan bahagian.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN