Media Alternatif Jangan Salah Guna Kebebasan – Ahmad Zahid

media-sosial-peribadi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media bukan arus perdana tidak seharusnya menggunakan kebebasan berkarya hingga meruntuhkan negara.

Beliau berkata, gesaan ini bukan kerana ingin menyekat kebebasan tetapi sekadar ingatan bahawa pentingnya untuk mengendalikan organisasi media dengan penuh rasa bertanggungjawab terhadap negara dan kepentingan rakyat.

Wartawan perlu sentiasa bertanggungjawab atas segala tulisan dan pada masa yang sama memperkukuh dan meningkatkan identiti serta jati diri, katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2014, di sini Khamis.

Ahmad Zahid berkata, media bukan arus perdana boleh mencontohi etika kewartawanan yang ditunjukkan media arus perdana dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat perbezaan.

“Pada hemat saya, mereka yang berada dalam dunia kewartawanan maya ini harus belajar dari etika kewartawanan media perdana.

“Walaupun berbeza pendapat, mereka (arus perdana) tetap menulis dan sampaikan dengan menjaga etika kewartawanan dengan baik. Itulah yang harus dijadikan contoh,” kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau menegaskan perbezaan pendapat perlu diselesaikan dan ditangani dengan baik, tatasusila dan kebijaksaan supaya nilai-nilai harmoni dan etika dapat dijaga tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau mengingatkan pengamal media supaya tidak menjadi penyampai mesej yang mengadu-domba, memesongkan isu dan menimbulkan kacau bilau selain ‘kering jiwa’ serta tidak nasionalistik.

Katanya, ada usaha sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini melalui media baharu untuk menggambarkan Malaysia sebagai kucar-kacir, porak-poranda dan sebuah negara yang gagal.

Selain itu, katanya, “perbicaraan media tentang betul atau salah seseorang” semakin meningkat kebelakangan ini dan ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak beretika.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada bekas Ketua Pengarang Bernama, yang juga bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee, dan wakil bekas Pengarang Bersekutu The New Straits Times, Allahyarham Zainon Ahmad.

Anugerah itu sebagai menghargai sumbangan dua wartawan veteran itu dalam bidang kewartawanan tanah air sejak empat dekad lalu Pada majlis itu, hadiah wang tunai RM30,000 serta sijil penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia 2015 diberikan kepada Ahmad Rejal dan ahli keluarga Allahyarham Zainon.

Antara wartawan veteran yang pernah menerima anugerah berkenaan ialah Tan Sri A.Samad Ismail, Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Mazlan Nordin, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Liew Chen Chuan.

Ahmad Rejal adalah antara pengamal media awal yang meneroka konsep media dwibahasa dan juga antara kakitangan pengasas Bernama.

Sementara itu, Allahyarham Zainon yang menerima anugerah berkenaan secara posthumus dikenali sebagai kolumnis yang sering melontarkan pandangan kritikal dalam usaha untuk menyatukan negara.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â