Taklik Lafaz Cerai Talak Tiga Sah – Timbalan Mursyidul Am Pas

Ahmad-Yacob

PAS Kelantan hari ini mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan oleh parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya telah merujuk perkara berkenaan kepada Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad dan beliau mengesahkan dari segi hukum Islam, jatuh hukum kepada pelafaz taklik tersebut jika individu terbabit keluar parti.

“Taklik yang telah dia (wakil rakyat) sebut itu, dengan sendirinya berlaku dan hendaklah didaftar dengan Mahkamah Syariah secara rasmi.

“Dari segi hukumnya dah terjatuh (talak tiga). Itu pandangan yang diberi oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas mengenai taklik lafaz cerai anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli daripada PAS, berikutan dakwaan bahawa Dr Hatta telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

PAS memperkenalkan bai’ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan parti atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Selain itu, bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Semalam, PAS mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Amanah.

Perkara itu berdasarkan Fasal 15(1)(c) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) iaitu keberhentian disebabkan menyertai parti politik lain.

Daud sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Beliau dipetik sebagai berkata taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah dan menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai’ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah kerana jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN