Nazir Razak Dilantik Anggotai JKE – Najib

najib-nazir

Selepas beberapa kali mengkritik dan melahirkan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak kini dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan.

Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan antara sembilan individu dilantik menganggotai JKE yang berperanan mempertimbangkan perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan asas-asas ekonomi Malaysia.

Ketika mengumumkan senarai anggota JKE, Najib berkata jawatankuasa khas berkenaan turut bertanggungjawab menilai isu-isu semasa termasuk nilai ringgit, mengekalkan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

“Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakam untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya,” kata Najib pada sidang media di pejabatnya di sini, Rabu.

JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Jawatankuasa berkenaan dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal September ini.

Antara yang turut menganggotai JKE ialah Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar; Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao serta Pengerusi Eksekutif Symphony Life Berhad, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.

Menyentuh mengenai peranan Majlis Ekonomi sedia ada yang dipengerusikannya, Najib berkata ia akan terus berfungsi dengan memberi tumpuan kepada isu ekonomi secara menyeluruh.

Katanya, Majlis Ekonomi itu antara lain akan terus merumuskan strategi bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik, mengenal pasti cara untuk mengawal inflasi dan merangka strategi bagi memastikan bekalan yang mencukupi.

“Majlis Ekonomi juga akan merangka jaringan keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Dalam pada itu Najib mengulangi penegasannya bahawa kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan melaksanakan tambatan ringgit kepada dolar Amerika (AS).

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â