Pertukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas Perkara Biasa – KPN

kpn-khalid-abu-bakar

Pertukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, di JPM, Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS), dan pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang ‘luar biasa’.

“Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Khalid berkata Abdul Hamid sedia maklum tentang pertukaran itu yang ditawarkan selepas menarik balik hasratnya untuk bersara awal.

“Abdul Hamid juga tidak pernah diarahkan untuk bercuti malah percutiannya adalah di atas permohonannya sendiri untuk berehat,” katanya.

Khalid berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Senior Special Branch Officer Gets Sudden Transfer to PM’s Dept, Told To Go On Long Leave’ (Pegawai Kanan Cawangan Khas Ditukarkan Secara Mengejut ke Jabatan Perdana Menteri, Diarah Bercuti Panjang) yang dikongsi media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif.

Laporan berita tidak tepat itu turut dibuat oleh beberapa portal berita.

Khalid berkata laporan portal berkenaan yang menggunakan kiasan kononnya majlis serah terima tugas di Cawangan Khas yang dibuat secara tertutup kerana atas sebab-sebab tertentu, merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Majlis sebegini bukanlah satu perkara yang luar daripada kebiasaan dan amalan dalam PDRM, lebih-lebih lagi bagi Cawangan Khas yang tidak pernah mencari publisiti,” katanya.

Beliau berkata dakwaan Cawangan Khas sedang melalui proses ‘pembersihan’ bagi menggantikan pucuk pimpinan tertinggi dengan pengarah dan timbalan pengarah yang baharu merupakan fitnah semata-mata.

“Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini merupakan bekas pegawai Cawangan Khas yang berpengalaman dan dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara selepas beberapa kali melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatannya,” katanya.

Khalid menegaskan pihak media perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana laporan yang tidak tepat akan mengundang pelbagai bentuk implikasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Lebih bahaya lagi apabila berita itu dibuat mengikut kefahaman atau interpretasi penulis itu sendiri yang mungkin kurang faham dengan implikasi yang bakal timbul akibat bermain dengan ayat untuk menyedapkan penulisan,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN