DUN Selangor Lulus Usul Minta Teliti Semula Penubuhan DEIG

azmin-ali-DEIG

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan usul meminta kerajaan negeri meneliti semula penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan membentangkan secara terperinci mengenai entiti itu pada persidangan akan datang.

Sebelum itu, Speaker Hannah Yeoh mengumumkan penerimaan usul berkenaan selepas ia dicadangkan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Usul itu kemudian dibahaskan oleh beberapa anggota DUN (ADUN) termasuk Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Semasa membahaskannya, Mohd Shamsudin berkata penubuhan DEIG menimbulkan persoalan dari segi tatacara pengurusan anak syarikat yang tidak terkawal selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan anggota dewan.

“Sepatutnya kerajaan negeri perlu ada kuasa mengawal pergerakan dan perjalanan entiti itu. DEIG ditubuh mengikut Akta Syarikat dan tidak diperuntukkan kepada kerajaan negeri suatu undang-undang untuk mengawal operasi ini di Selangor,” katanya.

Mohd Shamsudin berkata kerajaan negeri sepatutnya memperkukuh MBI bukannya mewujudkan sebuah entiti baharu.

Sulaiman pula berkata beliau bimbang ketiadaan pengawalan operasi DEIG akan mencetuskan implikasi besar kepada kerajaan Selangor.

“Ini khususnya melibatkan pemindahan aset tanah seluas 2,000 hektar milik MBI kepada entiti itu,” katanya.

Yeo pula mencadangkan supaya satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan perjanjian yang melibatkan DEIG tidak berat sebelah terutamanya dalam menguruskan nilat aset MBI berjumlah RM6.3 bilion.

“Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan,” katanya.

Semasa menggulung usul itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mempertahankan penubuhan DEIG.

Beliau berkata DEIG ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan negeri untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan khususnya yang membabitkan sektor-sektor tertentu bagi memelihara kepentingan rakyat.

Pada Selasa, beberapa ADUN termasuk bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Mereka berkata sekiranya Menteri Besar berhasrat menstruktur semula anak-anak syarikat di bawah MBI, adalah lebih baik beliau mengukuhkan pemerbadanan itu dan bukannya mewujudkan entiti baharu seperti DEIG, yang ditubuhkan tanpa sebarang enakmen serta tidak perlu melapor kepada DUN Selangor.

Dalam penjelasannya semalam, Mohamed Azmin berkata entiti itu yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata selain mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab korporat, katanya.

Sidang dewan bersambung Khamis.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN