1MDB jawab tuduhan Tun M mengenai aliran dana

1mdb-peterosaudi

1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menumpukan kepada pelan rasionalisasinya walaupun menerima tuduhan ‘kitar semula’ dan tidak dibuktikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan terbaharu di blog beliau.

Dalam kenyataan pada Isnin, 1MDB berkata tuduhan tersebut telah ditangani oleh 1MDB dalam pelbagai kenyataan, termasuk penjelasan terperinci mengenai aliran dana daripada pelaburannya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.

1MDB berkata tuduhan kitar semula itu bukan sahaja menimbulkan fitnah keatas 1MDB, tetapi turut memberi kesan kepada operasi hariannya.

“Kami juga memberi penjelasan, beberapa kali, mengenai rasional kami untuk nilai yang kami bayar dalam mengambil alih aset tenaga kami.

“Seperti yang kami jelaskan dalam kenyataan kami bertarikh 30 Jun, 2015, 1MDB percaya nilai yang kami bayar untuk aset-aset ini – yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sebagai biasa apabila mengambil alih perniagaan lain – sejajar dengan potensi sedia ada dan yang akan datang.

“1MDB kini mahu terus menumpukan kepada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015,” menurut 1MDB.

Sejak itu, 1MDB berkata ia telah mencatat kemajuan, bermula dengan pembayaran semula pinjaman berjumlah US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) dan pemeteraian lembaran jangka mengikat dengan International Petroleum InvestmentCompany (IPIC) yang akan membawa kepada pengurangan hutang syarikat kira-kira RM16 bilion.

“Kami turut melantik perunding hartanah bebas untuk menjana wang daripada tanah-tanah syarikat di Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah,” kata 1MDB.

Mengenai Bandar Malaysia, 1MDB berkata pihaknya menerima minat daripada 40 syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan bagi projek membabitkan 194.4 hektar (486 ekar) dan mereka kini dalam proses kajian terperinci.

1MDB juga kini dalam kajian terperinci dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah disenarai pendek bagi jualan pelaburannya dalam EdraGlobal Energy Bhd, katanya.

Katanya secara kolektif, tindakan oleh 1MDB ini akan mengurangkan hutang dengan ketara dan memastikan tiga aset terasnya mampan untuk tempoh jangka panjang, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN