Presiden Umno Boleh Pegang Akaun Amanah

harta-umno

Perlembagaan Umno membenarkan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai akaun amanah bagi pihak Umno tetapi juga presiden-presiden Umno sebelum ini.

“Saya hendak memberitahu bahawa parti Umno mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden Umno (ketika ini) dan presiden-presiden (Umno terdahulu) mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu hari ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, berkata duit yang berada di dalam akaun amanah di bawah nama Najib sebagai Presiden Umno itu bukan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.

Menurut Abdul Rahman duit 1MDB dimiliki oleh rakyat dan tidak boleh diberi kepada parti politik.

“Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh Umno tidak ada kena-mengena dengan duit rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jikalau dia ada duit dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan duit 1MDB,” katanya.

Duit yang berada di dalam akaun amanah itu katanya, bukan datang daripada 1MDB sebagaimana yang cuba dikaitkan pihak pembangkang sebelum ini.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) juga katanya, tidak berani mengatakan duit di dalam akaun amanah itu milik 1MDB, menguatkan lagi dakwaan bahawa media antarabangsa itu mempunyai agenda terhadap negara ini.

Ditanya sekiranya terdapat keperluan untuk mendedahkan sumber duit RM2.6 bilion itu, Rahman berkata tidak ada undang-undang yang mewajibkan Umno, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lain-lain untuk menamakan penderma mereka.

“Mereka (parti politik) tidak diwajibkan undang-undang untuk menamakan penderma mereka, jadi mengapa pula harus diletakkan pada bahu Umno. Jikalau hendak buka (dedah penderma), tanya semua, tanya DAP siapa yang bagi duit pada mereka,” katanya.

Menurut Abdul Rahman DAP dan parti pembangkang, perlu menjelaskan dakwaan mereka memperoleh pembiayaan politik daripada agensi negara Barat termasuk daripada penyangak mata wang George Soros dan National Endowment for Democracy (NED).

“Kami tahu mereka (pembangkang) mempunyai banyak duit sebab operasi pilihan raya mereka adalah jauh lebih canggih daripada Umno, percayalah,” kata Abdul Rahman.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau tahu sumbangan politik yang diterima DAP daripada syarikat-syarikat perumahan tertentu.

Pada majlis itu, beliau juga menerangkan tidak ada pihak yang telah ‘merompak atau songlap’ duit 1MDB dan ini telah dibuktikan oleh laporan akaun syarikat yang telah pun diaudit oleh syarikat auditor bertauliah.

Abdul Rahman berkata 1MDB telah melabur sebanyak US$1.9 bilion di dalam syarikat Petro Saudi International (PSI) dan hasil daripada pelaburannya itu, syarikat negara memperoleh keuntungan US$488 juta.

Beliau berkata jumlah pelaburan di dalam PSI serta keuntungan yang diperoleh oleh 1MDB katanya, turut disertakan di dalam kenyataan akaun syarikat negara yang telah diaudit.

“Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengatakan duit 1MDB di dalam PSI itu hilang, sedangkan pelaburan yang dijana oleh 1MDB dalam PSI adalah amat menguntungkan,” katanya.

Berkenaan dakwaan ‘kehilangan’ RM42 bilion, beliau menjelaskan 1MDB telah membuat pinjaman untuk membiayai perolehannya terhadap kira-kira 15 stesen janakuasa elektrik daripada syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP).

“Mula-mula mereka kata 1MDB hilang RM42 bilion, kemudian RM27 bilion, kemudian mengubahnya lagi kepada RM16 bilion dan kini RM3 bilion. Saya yakin dan ikhlas katakan tiada duit 1MDB yang telah dirompak atau disonglap,” katanya.

Dengan aset kira-kira RM51 bilion yang jauh lebih tinggi daripada tanggungannya, syarikat 1MDB menurut beliau merupakan syarikat yang kukuh dan potensinya itu diakui oleh bank-bank yang memberikan pinjaman kepadanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN