Bekas Menteri Yang Kembali Semula Dalam Kabinet

Azalina Othman Said kini kembali ke dalam kabinet Kerajaan Persekutuan

Bekas menteri pelancongan diera pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Azalina Othman Said telah kembali sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ini adalah potfolio kabinet yang ketiga buat Azalina.

Beliau yang merupakan ahli parlimen Pengerang sejak 2004 menjadi menteri pelancongan dari 18 Mac 2008 sehingga 8 April 2009 dan sebelum itu menyandang jawatan menteri belia dan sukan selama empat tahun iaitu dari 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008.

Pelantikan semula Azalina yang merupakan seorang ahli parlimen yang lantang bersuara mempertahankan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang Dewan Rakyat agak mengejutkan dan tidak dijangka.

Ini kerana hanya pada 1 Jun yang lalu, Azalina dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan (yang berkhidmat dari 1 September 2011 – 31 Januari 2015).

Tetapi dengan pelantikannya sebagai menteri kabinet yang baru, Azalina nampaknya terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Finas.

Azalina dilahirkan di Johor Baharu pada 31 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dalam jurusan undang-undang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu pegawai undang-undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di ntv7.

Dalam Umno, beliau melakar sejarah sebagai ketua penaja Pergerakan Puteri Umno Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri Umno yang pertama mulai 1 November 2002 hingga 2004.

Pada 1 November 2002, sebagai ketua puteri, beliau secara automatik adalah salah seorang naib presiden Umno.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang – merupakan satu rekod untuk parlimen kawasan berkenaan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN