UMNO Raub Batal Jemputan Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Bahagian

Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin
Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin

Raub – Tindakan Timbalan Presiden UMNO yang membuat kenyataan secara terbuka mengkritik Presiden parti dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar oleh kepimpinan UMNO Bahagian Raub.

Atas sebab itu UMNO bahagian yang membuat satu mensyuarat tergempar di Resthouse Raub malam tadi memutuskan untuk membatalkan jemputan yang dibuat terhadap Muhyiddin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, keputusan sukar itu dibuat selepas melihat dan menilai situasi politik semasa pada masa ini.

“UMNO bahagian kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan membelakangi semangat setiakawan dan kesepaduan dalam parti.

“UMNO Raub juga kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang boleh melunturkan semangat jentera parti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Raub disini malam tadi memetik laporan Bernama.

Menurut Shahiruddin, seluruh kepimpinan UMNO Raub berikrar untuk memberi sokongan padu dan berdiri teguh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, UMNO Raub sentiasa memberi keyakinan penuh terhadap kepimpinan Najib yang terbukti telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi bagi membantu rakyat dan membangunkan negara.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Setiausaha UMNO Bahagian,Tengku Abdul Rahman Tengku Perang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Azra Abd Wahab; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Zulryaini Yahya dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Fatimah Mohd. Noor.

Mohd Azra ketika dihubungi SuaraTV mengulanggi kenyataan tersebut sambil menegaskan ia merupakan keputusan semua pihak.

“Keputusan tersebut dibuat hasil dari pandangan semua yang menyatakan ucapan Tan Sri Muhyiddin itu semalam itu telah menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Hasil perbincangan panjang lebar, semua bersetuju dengan keputusan tersebut tanpa ada seorang pun yang membantah” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Muhyiddin dalam ucapannya semasa menggulung mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad mengatakan beliau, sebagai Timbalan Perdana Menteri pun, sukar memahami isu 1MDB dan sedikit sebanyak tahu mengenainya daripada laporan akhbar terbitan The Edge.

Pejabat Perdana Menteri dalam reaksi kepada ucapan itu meminta Muhyiddin untuk tidak mengeruhkan persepsi dan menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap hal-hal yang berkait dengan 1MDB.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN