Mahathir dan Muhyiddin: Tunggu hasil siasatan 1MDB – Pejabat PM

1mdb-jpm-saiaran-akhbar

Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, semua pihak sewajarnya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

“Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

“Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Muhyiddin, ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB.

Ini termasuklah arahan Kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Selain itu satu dokumen ‘Fact Sheet’ mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua menteri Kabinet sebelum ini, katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menegaskan siasatan sedang dijalankan dan ruang perlu diberi kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan itu untuk menjalankan tugasnya.

Menurutnya, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat “pelbagai tuduhan tidak berasas” termasuk kehilangan RM42 bilion milik 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan “turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.”

“Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud.

“Pada masa yang sama kita elakkan membuat kenyataan yang boleh menganggu gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN