1MDB: Justo Dakwa Penerima Cakap Mahu Ubah Suai Data, Editor Sarawak Pula Report Nafi: The Straits Times

1MDB-Xavier-Andre-Justo-SR

Warganegara Switzerland Xavier Andre Justo, yang sedang ditahan di Thailand atas pertuduhan peras ugut, memberitahu The Straits Times Singapura bahawa penerima data berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada bercakap mahu ubah suai maklumat yang diberikannya kepada mereka.

“Saya berikan dokumen-dokumen asal tanpa sebarang pengubahsuaian. Saya boleh katakan yang saya telah berikan dokumen-dokumen itu kepada dua kumpulan orang,” katanya seperti dipetik dalam laporan online akhbar itu Jumaat.

Justo, bekas kakitangan PetroSaudi International yang mempunyai usahasama dengan 1MDB, memberikan temu bual eksklusif kepada akhbar berbahasa Inggeris itu di Penjara Reman Bangkok.

Menurut laporan The Straits Times, Justo mendakwa beliau telah bertemu editor portal berita Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan “orang IT beliau” serta seorang ahli perniagaan Malaysia dan rakannya di Singapura.

Menurut akhbar itu, Justo mendakwa mereka yang ditemuinya ada bercakap untuk menggunakan dokumen berkenaan “untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia”, dan menurutnya mereka juga merujuk kepada rancangan untuk “mengubah suai dokumen-dokumen itu”.

The Straits Times memetik Rewcastle-Brown sebagai menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, dan mendakwa Justo “penuh dengan kepalsuan”

Akhbar itu juga mendedahkan bahawa Justo berhasrat untuk menjual data syarikat yang dicuri itu kepada seorang ahli perniagaan terkemuka Malaysia bagi US$2 juta (RM7.6 juta).

Bagaimanapun, dakwanya beliau tidak pernah dibayar selepas urusan itu dipersetujui antara dirinya dan ahli perniagaan itu di Singapura pada Februari.

Justo dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata yang beliau telah mengatur supaya pembayaran dipindahkan menerusi akaun-akaun bank beberapa kali, tetapi satu cubaan telah ditolak oleh sebuah bank di Singapura dan cubaan lain ditolak oleh pembeli (data berkenaan).

Beliau juga mendakwa pembeli telah menawarkan untuk membayar secara tunai.

“Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap selang dua minggu untuk menerima sampul surat mengandungi beberapa ribu atau beberapa puluh ribu, dan mengulangi proses ini sehingga seluruh amaun telah dibayar. Dan sekali lagi saya menolak,” Justo dipetik berkata demikian dalam laporan The Straits Times.

The Straits Times memetiknya sebagai berkata Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima US$2 juta daripada pembeli dan menghantar US$250,000 kepadanya setiap bulan bagi perkhidmatan perundingan, dakwanya.

“Saya tidak tahu jika beliau menerima wang itu ataupun tidak, (sebab) saya telah ditahan,” katanya. “Saya tidak tahu langsung,” tambahnya.

Akhbar itu melaporkan Rewcastle-Brown menyangkal dakwaan itu sebagai ‘karut’.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun di rumahnya di Pulau Koh Samui.

Justo, bekas ketua IT pejabat PetroSaudi di London, sedang direman di Thailand sementara menunggu bagi kemungkinan didakwa cuba memeras ugut bekas majikannya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â