Tren baharu LRV Aliran Ampang beroperasi 31 Oktober ini

lrv-ampang-line-2

lrv-ampang-line-1

Selesa dan sistematik. Itulah perkataan terbaik bagi menggambarkan lapan set tren enam gerabak kenderaan aliran ringan (LRV) baharu milik Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang akan memulakan operasi di Aliran Ampang bermula 31 Oktober ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, setiap tren itu mampu menampung kapasiti penumpang seramai 1,250 orang dalam satu-satu masa di empat stesen baharu iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Katanya, lapan set tren itu merupakan antara 50 tren baharu yang disediakan pihaknya bagi menggantikan kesemua tren Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada dengan kos keseluruhan sebanyak RM960 juta.

“Bagaimanapun, buat masa ini lapan tren baharu ini hanya akan beroperasi di stesen-stesen baharu itu dan berhenti di Stesen Sri Pe­taling sebelum kembali semula ke Stesen Awan Besar.

“Ini kerana Prasarana perlu meningkatkan perkhidmatan sedia ada pada tren dan laluan sedia ada secara berperingkat terlebih dahulu kerana reka bentuk serta teknologi adalah berbeza dengan sistem tren baharu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Stesen Awan Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam; Pengarah Kumpulan Pembangunan Projek Prasarana, Datuk Ir. Zohari Sulaiman dan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Moden Awam, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Mohd. Azharuddin Mat Sah.

Sempena lawatan itu, wartawan dan jurugambar daripada pelbagai organisasi media diberi penerangan mengenai tren baharu tersebut dan berpeluang menaikinya dari Stesen Awan Besar hingga Stesen Sri Peta­ling.

Ciri-ciri lain yang terdapat dalam tren baharu itu adalah paparan cecair kristal (LCD) bermaklumat, peta perjalanan dinamik, paparan destinasi sisi dan kamera litar tertutup (CCTV).

Teknologi yang diguna pakai pada perkhidmatan tren dan laluan baharu itu adalah pengendalian secara automatik sepenuhnya berbanding tren lama yang dikelolakan oleh seorang pemandu.

Jelas Azmi, Prasarana menjangkakan 12 lagi tren baharu akan memulakan operasi pada Mac tahun hadapan manakala selebihnya pada penghujung 2016.

“Prasarana membeli kesemua tren baharu itu daripada syarikat CSR Zhuzhou Electric Locomotive (CSR ZELC) bagi menggantikan tren lama yang telah digunakan sejak 1996.

“Kami berharap dengan penggunaan tren dan stesen baharu ini, perjalanan ke setiap destinasi akan menjadi lebih cepat selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN