Apa status baiah talak tiga ahli PAS sertai GHB?

ahli-pas-baiah-Harapan-Baharu

Ingat isu sumpah bai’ah talak tiga ahli-ahli PAS yang mahu jadi calon pada pilihan raya dan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain?.

Isu ini berbangkit semula ekoran tindakan beberapa ahli PAS yang menubuhkan dan menyertai Gerakan Habaran Baru (GHB) sama ada sumpah itu sudah sah atau tidak dengan perbuatan mereka itu.

Walaupun, setakat ini wakil rakyat PAS dalam GHB tidak umum keluar parti tetapi PAS Selangor baru-baru ini memaklumkan ahli-ahli mereka yang berbuat demikian gugur keahlian secara automatik daripada parti.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang ditanya isu bai-ah ini, mahu perkara itu ditanya kepada mereka yang terbabit.

“Tanya mereka yang terikat bai’ah kenapa mereka angkat sumpah, adakah kerana yakin tidak akan keluar parti atau hanya sebab hendak jadi calon PAS (dalam pilihan raya),” katanya sambil menarik perhatian bahawa sumpah bai’ah dilakukan secara sukarela oleh anggota parti.

Mengulas tindakan lanjut terhadap mereka yang menyertai GHB, Takiyuddin Hassan berkata, langkah mengenakan tindakan tatatertib terhadap anggota parti yang mahu menubuhkan GHB adalah langkah pramatang.

Ini kerana, setakat ini mereka belum melanggar mana-mana peraturan atau perlembagaan parti selain tidak ada mana-mana anggota PAS lain yang membuat sebarang aduan rasmi terhadap tindakan mereka.

“Setakat ini tiada aduan rasmi, Facebook, Whatsapp itu kita tidak boleh ambil kira kecuali ada aduan rasmi dibuat mengikut saluran yang betul barulah kita akan ambil tindakan.

“Setakat ini, kesalahan itu dalam proses atau (mereka masih) merancang melakukan kesalahan. Kalau betul-betul buat baru kita ambil tindakan,” katanya

Kemelut dalaman PAS semakin meruncing apabila beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif, atau pernah dikenali sebagai G18, yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan lepas melancarkan GHB.

Ini bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik mereka.

Antara pemimpin itu ialah Mohamad Sabu yang merupakan bekas Timbalan Presiden Pas; Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa (bekas Naib Presiden); Suhaizan Kaiat (bekas Ketua Pemuda), Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (anggota Parlimen Sepang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (anggota Parlimen Tumpat).

Anggota Jawatankuasa GHB pada Isnin mengumumkan parti baharu itu yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang akan ditubuhkan pada 14 September depan, diikuti konvensyen pertamanya pada 16 September.

Berdasarkan Perlembagaan PAS, anggota parti dilarang menyertai atau menubuhkan organisasi politik lain.

Mana-mana anggota yang melanggar peraturan itu akan secara automatik tidak lagi menjadi anggota PAS, katanya.

Ditanya sama ada tindakan kumpulan itu mengumumkan penubuhan GHB sebagai suatu provokasi kepada PAS untuk menamatkan keanggotaan mereka yang terlibat, Takiyuddin berkata, PAS tidak akan mengambil tindakan berdasar provokasi semata-mata.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menaruh harapan kumpulan berkenaan menimbang kembali hasrat mereka untuk meninggalkan PAS.

“PAS mungkin lemah atau melakukan kesilapan tetapi masih ada banyak ruang untuk mereka bersama-sama betulkan keadaan dan berbincang melalui konsep musyawarah,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN