MH17: Laporan Akhir Siasatan Teknikal Dijangka Siap Oktober – Najib

najib-mh17

Laporan akhir siasatan teknikal berhubung insiden nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MH17) dijangka diterbitkan pada awal Oktober ini.

Laporan itu akan diterbitkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan dan menjalankan siasatan berdasarkan piawaian serta ketetapan dalam Lampiran ke-13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak DSB telah menerbitkan laporan awal yang mengandungi penemuan awal mengenai kemalangan MH17 pada September tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, draf laporan akhir siasatan ke atas kemalangan dan penyiasatan yang berkaitan dengan laluan penerbangan telah diedar kepada wakil bertauliah bagi setiap negara yang terlibat dalam pasukan penyiasat pada 2 Jun lalu.

“Mengikut peruntukan di dalam Lampiran ke-13 ICAO juga, wakil-wakil bertauliah ini mempunyai 60 hari untuk mengemukakan komen terhadap laporan tersebut.

“Pihak DSB kemudiannya akan menilai komen tersebut sebelum memuktamadkan laporan akhir bagi insiden ini. DSB dijangka menerbitkan laporan akhir insiden kemalangan MH17 awal Oktober 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pagi Sabtu.

Majlis memperingati ini diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir pada majlis ini yang disertai menteri-menteri Kabinet, waris dan ahli keluarga mangsa nahas, wakil-wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ini termasuk duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi asing ke Malaysia, pihak pengurusan tertinggi MAS dan kakitangan serta pemimpin-pemimpin pelbagai agama.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â