Berdepan ujian, tohmahan tidak halang kerajaan bangunkan negara – Perutusan Nuzul Al-Quran PM

najib-nuzul-quran

Bersama keberkatan Ramadan dan semangat Nuzul Al-Quran, kerajaan terus komited membangunkan negara meskipun berdepan pelbagai ujian dan tohmahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran negara adalah untuk menjadi sebuah negara Islam maju dan berpendapatan tinggi, selaras tuntutan Al-Quran.

najib program mubarak“Sesungguhnya, sebagai sebuah negara Islam progresif, negara sentiasa berusaha melunaskan pedoman Qurani dengan memastikan syiar, syariat dan maqasid (objektif-objektif) syariah sentiasa dijadikan kerangka rujuk dalam membangunkan negara,” katanya dalam perutusan bersempena Nuzul Al-Quran menerusi blog NajibRazak.com pada Jumaat.

Najib turut berdoa dan berharap bersempena peristiwa Nuzul Al-Quran itu juga, seluruh kekuatan umat Islam di negara ini dapat disatukan di bawah satu payung agenda, iaitu agenda ummah.

“Semangat ta’awun (saling membantu dan bekerjasama) perlu disuburkan dan diperteguhkan sesama kita. Kerana itulah prasyarat penting untuk kita meraih pertolongan dan bantuan Allah Taala,” katanya.

Najib turut mengajak semua umat Islam mensyukuri nikmat Ramadan, bulan penuh kerahmatan serta keampunan.

“Walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia masih dapat bersama mengisi Ramadan dengan segala ibadah serta amalan soleh dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.

Najib berkata setiap kali 17 Ramadan, umat Islam akan mengimbau kembali detik agung, iaitu peristiwa Nuzul Al-Quran.

“Pada detik inilah, bermulanya Al-Quran sebagai kalam Allah, diturunkan kepada umat manusia sebagai kesinambungan wahyu-wahyu samawi yang lalu. “Sudah tentu, maksud kepada penurunan Al-Quran ini sangat berkait rapat dengan maslahah dan kepentingan umat manusia,” katanya.

Perutusan Nuzul Al-Quran 1436H/2015 YAB Perdana Menteri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Alhamdulillah, dengan penuh keinsafan diri, marilah kita mensyukuri nikmat untuk dapat sekali lagi bersama Ramadhan al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan yang disediakan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang berusaha dan bersyukur.

2. Segala kesyukuran juga kita ungkapkan, kerana walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia ini masih lagi dapat bersama mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan segala ibadah dan amalan soleh dalam suasana yang aman dan harmoni.

3. Saban kali kita bertemu dengan tanggal 17 Ramadhan, maka kita akan dibawa untuk mengimbau kembali satu detik agung yang berlaku di dalam bulan Ramadhan, iaitu peristiwa Nuzul al-Quran. Pada detik inilah, bermulanya al-Quran sebagai Kalam Allah, diturunkan kepada umat manusia sebagai kesinambungan wahyu-wahyu samawi yang lalu. Sudah tentu, maksud kepada penurunan al-Quran ini sangat berkait rapat dengan maslahah dan kepentingan umat manusia.

4. Pedoman inilah yang telah dimaktubkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sendiri melalui ayat ke-29 surah Shaad yang bermaksud:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad) penuh dengan keberkatan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil peringatan dan iktibar.”

5. Sesungguhnya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, sentiasa berusaha untuk melunaskan pedoman Qurani ini dengan memastikan syiar, syariat dan maqasid (objektif-objektif) syariah sentiasa dijadikan kerangka rujuk dalam membangunkan negara. Semasa pembentangan Bajet 2015 yang lalu, saya telah memasukkan pembinaan sebuah Pusat Percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia. InsyaAllah, pada 10 Julai nanti, perasmian Majlis Pecah Tanah Nasrul Quran akan dilancarkan.

6. Bersama keberkatan Ramadhan dan semangat Nuzul al-Quran yang ada ini, kerajaan akan terus komited membangunkan negara walau apapun ujian dan tohmahan yang dihadapi. Sasaran kita untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi, adalah sangat selaras dengan tuntutan al-Quran.

7. Akhir kalam, saya mendoakan agar sempena detik kita memperingati peristiwa Nuzul al-Quran ini, seluruh kekuatan umat Islam di negara ini dapat disatukan di bawah satu payung agenda, iaitu agenda ummah. Semangat ta’awun (saling membantu dan bekerjasama) perlu disuburkan dan diperteguhkan sesama kita. Kerana itulah prasyarat maha penting untuk kita meraih pertolongan dan bantuan Allah Taala.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nuzul1436H/PM/Perutusan

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN