Polemik 1MDB masuk ke bab baru. Semuanya disebabkan oleh Xavier Andre Justo, warga Swiss, bekas pegawai berjawatan tinggi di PetroSaudi. Beliau adalah link yang mengaitkan di antara blog Sarawak Report dengan PetroSaudi dan 1MDB.
Ironinya, di antara pihak yang pertama melenting bersuara tentang penangkapan Xavier Justo ialah Clare Rewcastle Brown dari blog Sarawak Report. Kenapa beliau perlu melenting malah mempertahankan warga Swiss itu?
Jawapannya mudah iaitu disebabkan wujudnya kaitan di antara pemeras ugut PetroSaudi itu dengan blog Sarawak Report. Malah Clare Brown tidak pun menyangkal perkara ini. Dalam nada mempertahankan Xavier Justo, penulis blog tersebut menulis surat bertajuk Open Letter To The Swiss Foreign Ministry In Bern
Surat tersebut kononnya ditujukan kepada Kementerian Luar Negeri Switzerland di Bern tetapi tidak pula disebut nama penerima surat tersebut. Kenapa?
Mudah iaitu supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat buat semakan atau cross-check untuk menentukan kesahihan surat tersebut dan sama ada pihak Kementerian Luar Negeri Swiss benar-benar telah menerima surat itu. Atau ianya hanya sekadar wayang murahan tipu helah Clare Brown.
Setelah terdedahnya pembohongan dan manipulasi sumber yang digunapakai oleh Sarawak Report, kita sudah tentu sangsi dengan surat tersebut dan kita lebih mempercayai bahawa surat tersebut hanya sekadar show murahan sahaja.
Dan seperti tuduhan-tuduhan jahat sebelum ini, penulis Sarawak Report ini juga membuat tuduhan jahat yang korupsi di pihak berkuasa Thailand adalah dibelakang penangkapan Xavier Justo.
Claire Brown juga telah berbohong kononnya berita penangkapan tersebut tidak disiarkan di Thailand atau tempat lain. Padahal, beberapa portal berita Thailand dan luar negeri turut melaporkan berita penangkapan tersebut. Contoh:
http://www.bangkokpost.com/news/general/601584/swiss-man-accused-of-najib-smear-plan
http://news.thaivisa.com/thaivisa-news/former-petrosaudi-it-exec-arrested-at-samui/101093/
Satu persoalan besar ialah kenapa Xavier Justo berada di Tambon Angthong, Koh Samui, Surathani, Thailand bersama dokumen-dokumen yang dicuri beliau dari PetroSaudi?
Jika Clare Brown benar-benar prihatin kepada ‘hal ehwal dan keselamatan’ Xavier Justo, kenapa Xavier tidak berada di dalam negara sendiri atau negara-negara Eropah yang lain di mana mungkin ada undang-undang yang boleh menyekat sebarang tindakan ke atas pemeras ugut dan pencuri maklumat syarikat?
Jawapannya mungkin seperti komentar di dalam blog Sarawak Report. Anda baca printscreen di bawah:
“Semua siasatan kami telah dijalankan setakat ini menjuruskan saya untuk mengatakan bahawa, dari kedua-dua perspektif forensik dan pakar, maklumat [berkaitan dengan isu ini] yang disiarkan di Internet dan kepada mereka yang ingin membuat kesimpulan daripadanya, ia boleh dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai” kata beliau.