Bekas Pelarian Cam Terkenang Kekejaman Komunis, Syukur Pilih Malaysia (video)

pelarian-cam-komunis

Berita penemuan sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 mayat pelarian Rohingya di Padang Besar baru-baru ini membuatkan Halimah Muhammad, menitiskan air mata.

Halimah, antara beratus ribu pelarian kaum Cam atau lebih dikenali sebagai masyarakat Islam Kemboja yang mendapat perlindungan kerajaan Malaysia pada 1989 dan akhirnya menetap di sini.

Ibu kepada enam anak itu berkata, penyeksaan hidup yang dilalui pelarian Rohingya mengingatkannya dengan tragedi lampau semasa pergolakan politik rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada 1975.

“Saya menangis apabila tengok berita mengenai nasib orang Rohingya yang hanyut di dalam bot di tengah laut.

“Tapi paling menyentuh hati saya, apabila ada mayat dipercayai milik orang Rohingya ditemui ditanam dalam sebuah kubur besar di sempadan negara,” katanya ketika ditemui mStar Online di penempatan masyarakat Kemboja di Merbau Sempak, di sini, baru-baru ini.

Wanita berusia 60 tahun ini berkata, walaupun mereka bukan sebangsa, tapi nasib yang dilalui pelarian tersebut seolah-olah sama seperti yang dialami kaum Cam suatu ketika dahulu.

“Kesengsaraan hidup orang Rohingya jauh lebih teruk daripada yang pernah kami lalui dahulu. Namun, kesannya sama. Ia pengalaman yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila,” katanya.

Mengimbau kembali detik hitam kira-kira 40 tahun dahulu, Halimah berkata, pemerintahan rejim komunis Pol-Pot sekitar tahun 1975 hingga 1979 ibarat mimpi negeri kepada umat Islam Melayu-Champa di Kemboja pada waktu itu.”Empat tahun bagaikan hidup di dalam neraka. Kami diseksa dan dipaksa bekerja seperti hamba. Jika tidak ikut arahan kami akan dibunuh.

Salah satu gambar semasa Hamidah bersama pelarian lain di sebuah kem khas di Cherating.

“Kami juga tidak dibenarkan solat, kalau nak solat kena sorok-sorok. Al-Quran pun kena sembunyi dekat tempat tinggi. Kalau mereka (komunis) nampak, kami akan dipukul guna senapang sampai mati,” katanya.

Malah, Hamidah berkata, keturunan Cam, terutamanya yang beragama Islam juga dibiarkan kelaparan selepas tenaga mereka dikerah habis-habisan di sawah padi.

“Kami kena buat semua kerja, bermula dari semai benih padi, bajak dan kemudian tuai. Kalau ada di antara kami tak tahu jaga lembu, kami akan dibunuh. Kami semua takut. Rejim komunis pada waktu itu kejam,” katanya mengimbau kenangan pahit itu.

Beliau berkata, pernah suatu ketika dia terpaksa mengambil kulit pisang yang dibuang tanpa pengetahuan askar komunis Phnom Penh untuk diberikan kepada tiga anaknya yang masih kecil.

“Mereka (askar komunis) buang kulit pisang dan saya kutip, tapi kalau ada orang nampak kita buat begitu, kita kena bunuh. Jadi saya terpaksa kutip secara sembunyi untuk bagi alas perut anak,” katanya.

Kekejaman rejim pemerintah pada waktu itu membuatkan Halimah bersama suami,  Abdullah Abu Bakar, 60 dan tiga anaknya yang masih kecil memutuskan untuk berhijrah 26 tahun lalu.

Mereka bersama anak sulung, Idris yang ketika itu berusia enam tahun, serta dua adiknya yang baru berusia lima dan empat tahun iaitu Basri dan Rusda keluar dari Kampung Chruiychangwa, sebuah perkampungan kecil di Phnom Penh untuk memulakan kehidupan baharu.

Tiga lagi anak pasangan Halimah dan Abdullah yang kini meneruskan kehidupan di sini adalah Farabi Abdullah, 28; Siti Shuad Abdullah, 26; Nur Baizura Abdullah, 24.

Katanya, mereka memilih untuk mendapatkan perlindungan di Malaysia pada 1989 kerana yakin nasib mereka sekeluarga lebih terbela.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keselamatan kami lebih terjamin kerana percaya Malaysia akan membela nasib saudara sesama Islam,” katanya.

Namun, beliau bersyukur kerana nasib mereka sekeluarga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan masa depan pelarian Rohingya yang kini berada di beberapa pusat tahanan di utara tanah air.

“Walaupun kami dihina dan diseksa di negara sendiri, saya bersyukur kerana diberikan kehidupan yang lebih baik di sini,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN