Gempa Sabah: Malim dan pasukan penyelamat bekerjasama dalam misi SAR

gempa-sabah-malim-gunung-1

KUNDASANG: “Kami bekerjasama. Saya cukup ‘respect’ (hormat)… kami semua (malim gunung) juga berterima kasih kerana mereka membenarkan kami menggunakan peralatan milik mereka.

“Kami berjaya menyelamatkan 137 pendaki terkandas di puncak gunung,” demikian kata seorang malim Gunung Kinabalu mengenai peranan agensi dan pasukan penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Lawrence Gopog, 43, berkata pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa agensi penyelamat lain membantu malim dalam misi itu.

Katanya, pasukan dan agensi penyelamat memiliki kelengkapan alat yang cukup namun mereka perlukan bantuan malim gunung yang lebih mengetahui selok belok di gunung.

gempa-sabah-malim-gunung-3

“Berbanding dengan kakitangan agensi penyelamat mereka juga mahir (dalam soal menyelamat) tetapi bukan (selok-belok) di gunung…tetapi mereka berusaha membantu,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, mereka juga memastikan kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu dibawa turun dari gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Lawrence yang juga bekas tentera dan berasal daripada kampung Bundu Tuhan, merupakan antara 30 malim terawal berkumpul di Timpohon Gate untuk bersiap sedia dalam misi mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu.

Tragedi gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter di Ranau pada 5 Jun lepas meragut 18 nyawa membabitkan sembilan warga Singapura, enam warga Malaysia, masing-masing seorang dari Jepun dan China dan seorang warga Filipina merupakan penduduk tetap Singapura.

Dalam pada itu, Lawrence turut berterima kasih kepada kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang akan menyumbang 100 unit walkie-talkie untuk kegunaan malim gunung di masa hadapan.

“Sebelum ini, kami guna telefon sendiri untuk berkomunikasi sesama sendiri, dan penyaluran 100 walkie-talkie ini merupakan satu perkara baik yang dinantikan,” katanya.

Sementara itu, Jonathan Nius, 21, yang fotonya menyelamatkan seorang pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) dalam kejadian gempa bumi itu menjadi viral di laman sosial, menjelaskan beliau bukan malim gunung sebaliknya seorang pekerja di Laban Rata, Gunung Kinabalu.

Beliau berkata, keadaan pada pagi itu cukup kelam kabut apabila kawasan di Laban Rata bergegar kuat.

Menceritakan keadaan ketika itu, pemuda itu berkata sewaktu berlari menyelamatkan diri bersama-sama pekerja yang lain, dia terserempak dengan pelajar itu, Hana Kim Santiago yang cedera di kaki.

“Saya membalut pergelangan kakinya yang cedera teruk sebelum memikul pelajar itu di belakang saya dan terus turun ke bawah, pada waktu itu saya hanya berharap kami semua selamat,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN