Malim Gunung: Badang Malaysia

gempa-sabah-malim-dukung-budak

Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung memikul seorang pelajar yang menjadi viral selepas kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas, meletakkan mereka sebagai “badang Malaysia” yang cukup hebat.

Sebilangan besar malim gunung pernah bekerja sebagai porter yang mampu membawa barang pelancong sehingga seberat 50kg dan mendaki sampai ke puncak Gunung Kinabalu tanpa sebarang masalah.

Menurut Mhd Rizuan Kauhinin, 25, yang kini terkenal di seluruh dunia setelah penyebaran gambarnya memikul pelajar ketika kejadian gempa bumi itu, dia bekerja sebagai porter sejak di bangku sekolah seawal umur 17 tahun.

Katanya, tugas porter sememangnya penuh dengan cabaran dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental selain sebagai latihan untuk mereka membina kekuatan dan mengetahui selok-belok gunung sebelum menjadi seorang malim gunung.

gempa-sabah-malim-gunung-1

“Kalau (pikul) tong gas itu biasa saja, selalunya barang pelancong yang porter pikul sehingga tiga beg, boleh jadi 50kg.

“Tapi bagi saya itu semua untuk mencari rezeki yang halal sebab saya tidak boleh tinggalkan Gunung Kinabalu sebab itulah rumah saya dan tempat saya mencari rezeki,” katanya.

Porter kebiasaannya akan memulakan kerja memikul barang pelancong di tapak ‘Timpohon Gate’ sehingga ke Laban Rata yang dianggarkan enam kilometer pendakian, katanya.

Mhd Ridzuan berkata harga untuk membawa barang pelancong adalah RM10 untuk setiap 1kg dan mereka perlu bekerja sebagai porter selama dua tahun dan pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu melebihi 10 kali untuk layak menjadi seorang malim gunung.

Bagi malim gunung wanita, Anis Monggol, 54, biarpun tubuh badannya kecil dan tenaganya tidak sama seperti lelaki, dia pernah memikul sebalang tong gas dengan ketumpatan 15kg dari Gate Timpohon sehingga ke Restoran Laban Rata.

gempa-sabah-malim-gunung-3

Katanya, seawal usia 25 tahun dia sudah mula berkecimpung sebagai porter restoran dengan tugasnya membawa barang-barang restoran ke Laban Rata.

Di samping menjadi porter dia turut melibatkan diri dalam acara ‘Climbathon’ sejak tahun 2000, kata wanita itu.

“Di situ (acara Climbathon) saya belajar stamina dan tingkatkan larian saya untuk mendaki gunung. Saya memang akan ambil bahagian dalam acara ini setiap tahun dan saya harap acara itu dapat dianjurkan lagi di Gunung Kinabalu tahun ini,” katanya.

Mengikut senarai rekod ‘Mount Kinabalu International Climberthon’, Anis mendapat tempat kedua dalam kategori ‘Veteran Wanita’ tahun lepas, dengan catatan masa 3 jam 54 minit.

Kategori Veteran Wanita membabitkan sejauh 33 kilometer dengan laluan khas dari pejabat Kinabalu Park, mendaki sehingga ‘Layang-Layang Hut’ dan berlari sehingga ke pekan Kundasang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi, 49, berkata pekerjaan porter adalah pekerjaan lumrah bagi semua malim gunung kerana ia membina jati diri, tingkatkan disiplin dan stamina seseorang sebelum mereka layak menjadi malim gunung.

gempa-sabah-najib-malim-gunung-600px

Katanya, dia menjadi porter sejak berumur 16 tahun dan kini dengan pengalamannya yang luas rekodnya mendaki Gunung Kinabalu sudah lebih 1,000 kali pendakian.

“Dulu masa muda, kawasan Kundasang tidak ada banyak peluang pekerjaan, jadi kebanyakan penduduk di sekitar kawasan itu, cari rezeki dengan bercucuk tanam dan menjadi porter,” katanya.

Richard turut memberikan petua kepada mereka yang mahu mendaki gunung – selain bersenam dan berjoging, paling penting jalani aktiviti berbasikal.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN