Denda RM1 Juta Premis Perniagaan Tiada Sijil Halal Guna 'Bufet Ramadan'

buffet ramadhan

Premis perniagaan makanan yang tiada sijil halal dan menggunakan istilah ‘bufet Ramadan’ boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Sehubungan itu, katanya pengusaha premis makanan diingatkan agar mendapatkan sijil halal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika mahu menggunakan ‘bufet Ramadan” untuk promosi juadah berbuka puasa.

“Beberapa hari lagi umat Islam di negara kita bakal menyambut bulan Ramadan, sudah pasti banyak premis perniagaan akan mempromosi juadah berbuka puasa.

“Di sini saya ingin menegaskan khususnya kepada pemilik dan pengusaha restoran atau premis makanan yang mahu menyediakan perkhidmatan majlis berbuka puasa, saya minta jangan sesekali mereka letak atau pamer ‘bufet Ramadan’ dalam bentuk iklan, sedangkan mereka tidak ada sijil halal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pematuhan Halal anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Seri Iskandar di sini, Rabu.

Mohd Nizar turut menggesa orang awam untuk lebih berhati-hati dan peka mengenai helah yang digunakan pengusaha makanan melalui iklan bagi mempromosi juadah berbuka puasa.

Beliau berkata pengguna boleh merujuk kepada Bahagian Penyelidikan JAIP jika ada sebarang keraguan dan kekeliruan terhadap pemilikan sijil halal di mana-mana premis dan pengusaha makanan yang mempamerkan ‘bufet Ramadan”.

“Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang rasmi sistem pensijilan halal Malaysia, MYeHalal,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu penarikan sijil halal Syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung oleh JAIPk pada 1 Jun, beliau berkata syarikat itu telahpun memohon semula sijil berkenaan pada minggu lepas.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi meneliti serta memantau perkembangan semasa aktiviti syarikat itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN