Malim gunung terpaksa tinggalkan mayat

gempa-sabah-malim-gunung-mayat

RANAU – “Pada waktu itu keadaan kelam-kabut. Bukan semua pendaki boleh kami selamatkan, sebab itu ada mayat ditinggalkan di Laban Rata demi keselamatan pendaki lain.”

Demikian cerita Mohd. Asli Suplin, 30, yang merupakan antara 32 malim gunung yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu, di sini.

Ujarnya, keputusan itu dibuat selepas dia dan beberapa malim gunung lain mengusung mayat seorang petugas lelaki Mountain Torq bersama 90 pendaki yang selamat ke Laban Rata.

Tambah Mohd. Asli, sewaktu berada di Laban Rata, kesemua pendaki dan malim gunung dikejutkan dengan gegaran susulan yang berlaku di antara pukul 8 hingga 9 malam sebelum diarahkan keluar dari tempat penginapan dan berkumpul di kawasan lapang.

“Selepas gegagran itu, kami membuat keputusan meninggalkan mayat lelaki berkenaan di Laban Rata demi keselamatan para pendaki lain.

“Kami meneruskan perjalanan sebelum tiba di Timpohon Gate pada pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di Taman Kinabalu dekat sini malam tadi.

Sepanjang gegaran susulan yang berlaku sebanyak dua kali, Mohd. Asli berkata, rata-rata pendaki saling berpelukan antara satu sama lain.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, ada antara mereka termasuk malim gunung memegang pohon pokok selain bersandar di lereng gunung.

“Semasa operasi mencari dan menyelamat, kami terpaksa menggunakan kayu bagi mengangkat bongkah batu yang memerangkap tiga pendaki.

“Operasi tersebut juga dibantu oleh anggota bomba dan penyelamat yang berada di sekitar lokasi kejadian,” katanya.

Malah dia memberitahu, usaha tersebut merupakan pengalaman yang tidak mampu dipadam dari ingatan sekali gus memanjatkan kesyukuran kerana terselamat.

Sementara itu, seorang lagi malim gunung, Freddie Akau, 48, memberitahu, pihaknya terpaksa menggunakan laluan alternatif antara Kilometer 7.5 hingga 6.5 dari pondok Timpohon ekoran laluan pendakian asal ditimbuni batu.

Katanya, malim gunung mempunyai tanggungjawab besar dengan memastikan pendaki yang dibawa selamat tiba di kaki gunung.

Tambah Freddie, dia juga berasa seperti mati hidup semula kerana tidak menyangka terselamat dalam kejadian gempa bumi tersebut.

“Runtuhan batu-batu besar banyak menghancurkan laluan pendakian namun syukur dan gembira dapat menyelamatkan dua pasangan pendaki yang di bawa penjagaan saya,” katanya

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN